Harian Metro

Rakam keterangan

-

Kuala Lumpur: Polis sudah merakam keterangan beberapa individu termasuk mereka yang memuat naik status sehingga tular di media sosial berhubung insiden menyebabka­n kematian seorang lelaki selepas terbabit kemalangan di Kilometer 293.5 Lebuhraya Utara-Selatan (arah selatan) berhampira­n persimpang­an Southville City, Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihak polis melakukan siasatan secara menyeluruh termasuk berdasarka­n kenyataan, rakaman video dan gambar yang didakwa diambil ketika kejadian sehingga tersebar di media sosial.

“Buat masa ini proses siasatan masih berjalan dan polis memerlukan sebarang maklumat terutama daripada saksi yang melihat kejadian itu. Selain keterangan beberapa individu, siasatan polis turut menjurus kepada rakaman video serta gambar yang kini tersebar di media sosial,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia