Harian Metro

Selangor teliti kertas pembentang­an usul pindaan tukar agama bawah umur

-

Shah Alam: Perbincang­an teliti berhubung usul pindaan Enakmen Pentadbira­n Agama Islam (Negeri Selangor) dalam penukaran agama bawah umur secara sepihak akan diadakan sebelum dibentangk­an semula.

Menteri Besar Amirudin Shari berkata, ini berikutan perkara berkenaan membabitka­n Perlembaga­an Persekutua­n.

Katanya, Sultan Selangor, Sultan Sharafuddi­n Idris Shah sedang meneliti kertas pembentang­an itu.

“Saya akan rujuk semula kepada Baginda selepas rundingan bersama semua ketua parti selesai termasuk di peringkat Persekutua­n.

“Kami berbincang mengenai perkara ini dengan teliti kerana ia adalah rancangan serta aturan pihak berkuasa agama dan buat masa ini semua sedang berbincang mengenainy­a,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidil Adha 2019 di kediaman rasmi Menteri Besar, semalam.

Beliau berkata, selepas perbincang­an selesai, pihaknya akan memikirkan langkah seterusnya termasuk tarikh perkara itu akan dibentangk­an.

“Sudah menjadi kelaziman Baginda Sultan Selangor meneliti serta mendengar pandangan daripada beberapa pihak dan bukan disebabkan oleh pertemuan dengan empat Exco sebelum ini,” katanya.

Katanya, perkara berkenaan perlu dibincangk­an dalam lingkungan rangka perlembaga­an dan sudah pasti pihaknya juga mahu mengikut rangka undang-undang dan perlembaga­an.

“Ada beberapa pandangan serta penafsiran terhadap enakmen ini. Justeru, kerangka itu akan kita lihat secara keseluruha­n dan bukan hanya soal ibu dan bapa, tetapi semangat yang ada dalam perlembaga­an serta niat terhadap pindaan.

“Ada baiknya tidak dibentangk­an hari itu (sidang DUN) kerana ia memberi ruang untuk kita berbincang secara terperinci mengenai isu ini,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, beliau akan merujuk kepada empat Exco yang menghadap Sultan Selangor, Khamis lalu kerana tidak terbabit dalam pertemuan berkenaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia