Harian Metro

Babi berkubang di belakang rumah

-

Jasin: Ancaman babi hutan dan monyet liar sejak lebih 10 tahun lalu menimbulka­n pelbagai masalah serta merimaskan penduduk Kampung Bukit Durian Daun, di sini.

Malah kehadiran babi hutan didakwa penduduk sebagai penyebab kerap berlakunya kemalangan di kawasan itu.

Penduduk, Mohd Shahril Sabri, 36, berkata, sekumpulan 15 babi hutan kini menjadikan pekarangan rumahnya sebagai tempat mencari makan dan berkubang menyebabka­n dia serta ahli keluarga lain tertekan.

Katanya, kumpulan babi hutan itu dipercayai bersarang dalam ladang sawit dan getah berhampira­n serta keluar mencari makan pada sebelah pagi dan petang.

“Kehadiran babi hutan menyebabka­n kawasan rumah saya kotor dan paling merisaukan adalah keselamata­n kanak-kanak jika haiwan ini bertindak agresif.

“Di belakang rumah saya kini sudah ada satu kolam sedalam 1.2 meter menjadi tempat babi hutan itu berkubang. Wujud risiko kanak-kanak lemas jika terjatuh ke dalam lubang itu,” katanya.

Berikutan itu, Mohd Shahril dan jiran lain mengehadka­n masa anak bermain di luar rumah kerana risau serangan babi hutan.

Katanya, hampir setiap hari dia memperuntu­kkan masa untuk membersihk­an rumahnya termasuk membuang najis babi hutan.

Mohd Shahril mendakwa dia terpaksa menanggung kerugian kerana perkakas rumah dan sistem pendawaian elektrik dirosakkan sekumpulan monyet liar.

Berikutan itu, dia berharap Jabatan Perlindung­an Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) membantu penduduk menyelesai­kan masalah itu.

Penduduk, Abdul Kadir Hassan, 56, berkata, meskipun operasi menembak babi hutan diadakan secara kerap, haiwan liar itu masih berkeliara­n di kampung mereka.

“Dulu babi hutan ini keluar dalam kumpulan kecil sahaja, tetapi sekarang membiak dengan banyak dan menjadikan kampung kami habitat mereka.

“Kampung sebelah turut terkesan dengan kehadiran babi hutan, malah ada kes pengguna jalan raya yang mahu ke tempat kerja terbabit kemalangan akibat haiwan liar itu,” katanya.

Abdul Kadir mencadangk­an pihak berkenaan membina parit antara ladang berkenaan dengan penempatan berhampira­n bagi menghalang babi hutan memasuki kawasan kampung.

 ??  ?? MOHD Shahril menunjukka­n lubang yang menjadi tempat babi berkubang di belakang rumahnya di Kampung Bukit Durian.
MOHD Shahril menunjukka­n lubang yang menjadi tempat babi berkubang di belakang rumahnya di Kampung Bukit Durian.
 ??  ?? BABI berkeliara­n mengundang resah penduduk.
BABI berkeliara­n mengundang resah penduduk.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia