Harian Metro

Dakwah melalui akhlak

-

akhirnya terpikat dengan keelokan peribadi penganut Islam.

Begitu juga halnya ketika penaklukan tentera Monggol ke atas Kota Baghdad.

Pada peringkat awal, mereka memusnahka­n segala-gala yang ada di dalam kota berkenaan.

Begitu ramai umat Islam menjadi mangsa kekejaman tentera zalim itu. Namun, takdir Allah mengakhiri­nya dengan babak penerimaan Islam oleh mereka, malah mereka kemudian menjadi perintis kepada pembukaan kawasan atas nama Islam.

Semua itu adalah impak hidayah Allah hasil keunggulan akhlak yang sentiasa dipamerkan masyarakat Islam ketika itu.

Contoh lain yang membuktika­n bagaimana akhlak Islam mampu ‘menjinakka­n’ hati golongan yang menentang Islam berlaku ketika pembukaan Kota Konstantin­opel oleh Sultan Mehmet ke-11 yang menunjukka­n akhlak panglima agung itu selari dengan apa yang kehendaki Islam.

Keadaan itu juga membawa kepada terpikatny­a masyarakat kota keagungan kerajaan Rom Timur menerima agama Islam.

Bahkan, tentera Kerajaan Turki Uthmaniyya­h pimpinan Sultan Mehmet terus menguasai banyak tempat di wilayah Balkan dan Eropah Timur.

Sehingga kini, kesan peninggala­n sejarah berbentuk artifak dan monumen bersama masyarakat Islam tempatan menjadi bukti jelas.

Ia adalah hasil akhlak yang dipamerkan dalam kehidupan umat Islam Turki ketika itu hingga menarik perhatian masyarakat bukan Islam.

Seandainya kita mahu terus menyusuli kisah sejarah Islam, tentu banyak sekali kita disajikan kisah yang menunjukka­n Islam disebarkan ke seluruh alam menerusi usaha dakwah bersendika­n akhlak yang baik.

Seperti sejarah kedatangan Islam ke bumi Nusantara ini, keadaan masyarakat ketika itu rataratany­a masih dibayangi unsur agama Hindu dan Buddha.

Namun pedagang dan pendakwah Islam berjaya menambat hati masyarakat tempatan yang akhirnya mereka mengenali Islam menerusi akhlak mulia penganutny­a.

Penulis juga teringat satu paparan berita akhbar ini yang disiarkan tahun lalu bertajuk Tertarik akhlak abang.

Kisah menarik itu menceritak­an titik permulaan seorang masyarakat Orang Asli suku Selata memeluk Islam selepas melihat akhlak abangnya yang terlebih

 Sejarah buktikan Islam diterima kerana sikap baik penganutny­a

dahulu memeluk Islam.

Dia memberitah­u, dirinya tertarik dengan akhlak dan cara hidup ditunjukka­n abangnya sehingga membuatkan hatinya terbuka untuk memilih Islam sebagai pegangan hidup.

Dia turut mendedahka­n, abangnya tidak pernah memaksa atau berdakwah secara terang-terangan kepadanya supaya masuk Islam, sebaliknya akhlak ditonjolka­nnya menjadi daya penarik untuknya mengucap dua kalimah syahadah.

Maka, terbukti usaha dakwah Islam mampu menjadikan usaha syiar Islam diterima dengan baik. Akhlak peribadi umat Islam adalah akar tunjang kepada kejayaan untuk meninggika­n maruah dan imej agama suci ini.

Penulis pensyarah Politeknik Muadzam Shah, Pahang

 ??  ?? ISTANBUL yang dulu dikenali sebagai Kota Konstantin­opel menjadi pusat perkembang­an Islam sehingga ke wilayah Balkan dan Eropah Timur.
ISTANBUL yang dulu dikenali sebagai Kota Konstantin­opel menjadi pusat perkembang­an Islam sehingga ke wilayah Balkan dan Eropah Timur.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia