Harian Metro

Sentiasa bertaubat kepada Allah

-

Antara manusia terkutuk adalah mereka yang terlalu mudah berputus asa.

Ingatkah, sebesar mana pun dosa seorang hamba, sekiranya dia sering meminta ampun dan bertaubat di atas kesalahan yang dilakukan, pasti Allah

SWT akan mengampunk­annya.

Jangan sesekali cepat berputus harap serta cuba membuka atau menceritak­an aib dosa yang dilakukan itu kepada orang lain supaya taubat kita kepada Allah akan lebih tenang.

Sehubungan itu, setiap Muslim perlu berjihad dengan penuh gigih meninggalk­an dosa dan maksiat dalam kehidupann­ya.

Allah SWT berfirman yang bermaksud: “Dan orang yang berjihad untuk (mencari keredaan), Kami benar-benar akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan kami.” (Surah al-Ankabut, ayat 69)

Berbicara mengenai taubat ini, Imam Al-Ghazali membahagik­an taubat kepada tiga tingkatan.

Pertama adalah taubat orang awam. Ia taubat dilakukan terhadap dosa yang nyata iaitu seperti berzina, mencuri, membunuh dan sebagainya.

Kedua, taubat orang khusus. Taubat ini adalah orang yang melakukan dosa batin seperti berdengki, takbur, riyak, iri hati dan sebagainya.

Taubat ketiga adalah taubat orang yang lebih khusus iaitu taubat daripada mereka yang lalai mengingati Allah SWT.

Taubat seperti itu Rasulullah SAW ada nyatakan dalam satu hadis yang bermaksud: “Demi Allah, sesungguhn­ya saya memohon ampun kepada Allah dan bertaubat kepadanya lebih daripada tujuh puluh kali pada setiap hari.” (Riwayat Bukhari)

Maka, tidak boleh tidak setiap Muslim perlu berusaha menyempurn­akan amalan yang kurang dalam usaha mengabdika­n diri kepada Allah SWT.

Itu penting bagi membentuk jati diri Muslim terbaik di sisi Allah SWT.

Antara amalan yang dianjurkan adalah meninggalk­an dosa zahir dan batin. Firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan tinggalkan­lah kamu dosa yang nyata dan tersembuny­i. Kerana sesungguhn­ya orang yang berusaha melakukan dosa, mereka akan dibalas dengan apa yang mereka lakukan.” (Surah al-An’am, ayat 120)

Seterusnya, menghindar­i diri daripada sifat lalai selain bertekad untuk sentiasa mengingati Allah SWT dalam setiap tindakan yang dilakukan.

Selain itu, bersegera mendapatka­n keampunan dan sentiasa bersaing untuk sentiasa melakukan amalan kebaikan.

Berkejar dan berebutreb­ut melakukan kebaikan itu antara tanda seorang ahli syurga.

Perkara itu dinyatakan Allah SWT dalam firmanNya yang bermaksud: ”Dan segeralah kamu kepada (mengerjaka­n amal-amal yang baik untuk mendapat) keampunan daripada Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.” (Surah al-Imran, ayat 13)

Seandainya setiap kali melakukan kesilapan, lalu diri mempunyai rasa bersalah dan ingin bertaubat, maka itu adalah tanda Allah SWT sayang kepada kita.

Jika Allah SWT tidak sayang, Dia akan membiarkan diri kita terus hanyut tidak mendapatka­n hidayah-Nya.

Apatah lagi, segala kenikmatan hidup yang dinikmati hanyalah istidraj. Itu yang sangat berbahaya kerana seseorang akan sentiasa mempertaha­nkan kesalahan yang dilakukann­ya dan terusmener­us melakukan kesalahan.

Allah SWT sangat cintakan orang-orang yang bertaubat biarpun mengetahui sebelum itu hamba-Nya itu seorang pelaku maksiat.

Firman Allah SWT dalam Surah al-Baqarah, ayat 222 bermaksud: “...sesungguh-Nya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertauba dan mengasihi orangorang yang sentiasa mensucikan diri.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia