Harian Metro

Meninggal dunia lepas pulang ibadat lontar

-

Makkah: Seorang jemaah haji Malaysia yang dalam perjalanan pulang selepas melontar di jamrah di Mina di sini meninggal dunia akibat serangan jantung malam kelmarin.

Setakat ini, sembilan jemaah haji meninggal dunia ketika mengerjaka­n ibadat haji musim ini.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Fuziah Salleh berkata, jemaah berkenaan dikenali sebagai Faridah Abdul Latif, 65, dari Rompin, Pahang dan menginap di Maktab 86 dan tiba di Tanah Suci pada 31 Julai melalui KT52.

“Allahyarha­m dalam perjalanan balik ke khemah sebelum mengalami serangan jantung ketika berada dalam Terowong Muassim dan disahkan meninggal dunia pada jam 7.05 malam,” katanya dalam sidang media selepas melawat Pusat Rawatan Tabung Haji Syisyah di sini, malam kelmarin.

Hadir sama, Pengerusi Tabung Haji (TH) Tan Sri Md Nor Yusof dan Ketua Rombongan Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman.

Dalam lawatan itu, Fuziah berasa bangga atas kewujudan hospital mini yang membantu jemaah ketika mengerjaka­n haji.

Katanya, ketika berwukuf pada Sabtu, seramai 79 jemaah haji yang dirawat di hospital Tabung Haji dibawa melakukan rukun haji itu melalui program Safari Wukuf.

Melalui program itu, pesakit yang dalam keadaan sedar akan dibawa seketika untuk berada di Arafah selepas masuknya waktu wukuf menggunaka­n ambulans dan bas khas untuk membolehka­n mereka melaksanak­an salah satu rukun haji itu.

Bagaimanpu­n, ada enam jemaah yang kritikal sedang mendapatka­n rawatan di hospital Arab Saudi tidak dapat dibawa ke Arafah kerana koma.

Beliau berkata, kebanyakan mereka menghidap penyakit seperti masalah jantung, jangkitan kuman di paru-paru, penyakit tibi dan sebagainya.

Fuziah berkata, rombongan perubatan untuk musim haji tahun ini terdiri daripada 23 orang doktor pakar, 38 doktor dan 226 lain-lain anggota perubatan.

“Pusat rawatan Syisyah tersebut mempunyai 197 katil dan beberapa kemudahan makmal yang baik, klinik gigi, klinik psikiatri dan sebagainya,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia