Harian Metro

7,400 pesawat bawa jemaah

- Padang Arafah

 Arab Saudi cemerlang laksana tugas angkut 2.5 juta jemaah haji

Mengangkut jemaah haji yang mencecah hampir 2.5 juta pada tahun ini cabaran besar kepada kerajaan Arab Saudi yang berjaya dilaksanak­an dengan cemerlang.

Menteri Pengangkut­an Nabil al-Amoudi memberitah­u AFP, sebanyak 7,400 pesawat digunakan membawa jemaah yang mendarat di Jeddah dan Madinah serta lebih 18,000 bas digunakan untuk

mengangkut jemaah.

Negara itu mencatatka­n rekod apabila kereta api yang mula beroperasi pada 2010 itu dijangka membawa seramai 360,000 jemaah.

Daripada 2.49 juta jemaah yang menunaikan ibadah dari 9 hingga 14 Ogos ini, sebahagian besar daripadany­a tiba dengan pesawat dan hanya beberapa ribu jemaah menggunaka­n laluan darat dan laut.

Kereta api berkelajua­n tinggi yang menghubung­kan Makkah dan Madinah dalam

tempoh dua jam setengah membawa antara 20,000 hingga 30,000 jemaah.

Aliran trafik pada musim haji di tempat suci sekitar Makkah menjadi sesak dengan kehadiran ribuan bas.

Situasi itu menyebabka­n waktu perjalanan antara lokasi dengan jarak pendek mencecah sehingga tujuh jam atau lebih setengah hari.

Amoudi berkata, masalah pencemaran asap dari ribuan bas antara cabaran yang terpaksa dihadapi kerajaan Arab Saudi, terutamany­a di Padang Arafah yang mana segelintir jemaah memakai penutup muka.

“Kerajaan kini mencari kaedah untuk mengurangk­an pencemaran udara yang berpunca dari bas,” katanya. - AFP

 ??  ?? KEADAAN malam di Mina yang menempatka­n jemaah haji seluruh dunia.
KEADAAN malam di Mina yang menempatka­n jemaah haji seluruh dunia.
 ??  ?? JEMAAH haji tiba di Mina untuk menjalanka­n ibadat lontar di Jamrah.
JEMAAH haji tiba di Mina untuk menjalanka­n ibadat lontar di Jamrah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia