Harian Metro

Keringkan daging korban

-

 Penduduk miskin Burundi laung rasa syukur terima agihan sumbangan daripada rakyat Malaysia

berlaku menyebabka­n golongan Muslim sentiasa ditindas.

“Hanya 200,000 penduduk Muslim berbanding 10.8 juta populasi di negara ini (Burundi). Perang saudara yang meletus menyebabka­n ekonomi negara itu tidak berkembang menyebabka­n kemiskinan pendudukny­a pada tahap tertinggi.

“Jelaslah, kehadiran kita membawa amanah rakyat Malaysia bagi menguruska­n korban memberikan seribu makna buat mereka,” katanya.

Tambahnya, hasil pemerhatia­n mendapati kebanyakan penduduk mula menjemur daging korban yang diterima mereka selepas dipotong nipis.

“Saya dimaklumka­n, ini sebagai proses untuk menyimpan daging berkenaan sebagai stok makanan mereka selama beberapa bulan,” katanya.

Dalam perkembang­an lain, Ahmad Fadzlullah berkata, pada hari pertama korban pihaknya sudah mengagihka­n 5,111 lembu dan 1,744 kambing di 34 negara.

Untuk rekod, negara pelaksanaa­n ibadah korban anjuran EZ Qurban di Kemboja, Bangladesh, Vietnam, Indonesia, Laos, Thailand, India, Myanmar, Chad, Ivory Coast, Kenya, Malawi, Mali, Maghribi, Palestin, Filipina, Arab Saudi, Somalia, Sri Lanka, Tanzania, Uzbekistan, Congo, Burkina Faso, Rwanda, Burundi, Nigeria, Ethiopia, Pakistan, Somaliland, Sudan, Yaman, Kyrgyzstan, Nepal dan Ghana.

Ahmad berkata, seperti kebiasaann­ya, pengagihan daging korban dilakukan membabitka­n golongan fakir miskin, anak yatim dan pelarian.

“Tiga kem pelarian seperti Kem Pelarian Rohingya di Cox Bazaar yang menempatka­n sejuta pelarian, Kem Daadab (200,000 orang), Kem Pelarian di Kenya dan Chad yang menempatka­n lebih 500,000 pelarian adalah lokasi utama agihan korban,” katanya.

 ??  ?? DAGING korban ditimbang bagi memastikan setiap keluarga mendapat agihan sama banyak. PENDUDUK membantu melapah daging lembu.
DAGING korban ditimbang bagi memastikan setiap keluarga mendapat agihan sama banyak. PENDUDUK membantu melapah daging lembu.
 ??  ?? AHMAD Fadzlullah (dua dari
kiri) memerhatik­an kerja mengagihka­n daging korban.
AHMAD Fadzlullah (dua dari kiri) memerhatik­an kerja mengagihka­n daging korban.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia