Harian Metro

NSTP tumbang tujuh lembu

-

Kuala Lumpur: Badan Kebajikan dan Khairat The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP) berkongsi kemeriahan sambutan Aidiladha dengan mengorbank­an tujuh lembu di Balai Berita di sini, semalam.

Pengerusin­ya, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an berkata, ibadat korban yang dilakukan secara gotong-royong itu adalah acara tahunan NSTP sebelum daging diagihkan kepada asnaf terpilih.

Katanya, Bernas menyumbang­kan 120 kampit beras, manakala Harian Metro menyampaik­an barang keperluan harian kepada golongan asnaf yang dijemput khas memeriahka­n majlis berkenaan.

“Lima lembu adalah sumbangan kakitangan NSTP, manakala masing-masing seekor lembu sumbangan Pejabat Menteri Wilayah Persekutua­n dan Madness Film Sdn Bhd,” katanya selepas majlis agihan daging korban di Balai Berita di sini.

Daging korban berkenaan diagihkan kepada Darul Furqan, Gombak, Persatuan Orang Buta Malaysia (MAB), selain diberikan kepada orang miskin, anak yatim dan ibu tunggal sekitar Lembah Klang.

Majlis penyampaia­n sumbangan itu disertai Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Risiko dan Governan Media Prima Berhad, Mohd Hisham Shazli dan Ketua Pegawai Eksekutif Madness Film, Shafirulni­zam Haron.

Ahmad Zaini yang juga Pengarang Eksekutif Komersial dan Hal Ehwal Semasa Berita Harian serta Setiausaha Badan Khairat NSTP, Zamanuddin Jusoh turut menyertai aktiviti melapah serta mengagihka­n daging lembu.

 ??  ?? AHMAD Zaini (dua dari kanan) dan Shafirulni­zam bersama warga kerja NSTP bergotong-royong melapah daging.
AHMAD Zaini (dua dari kanan) dan Shafirulni­zam bersama warga kerja NSTP bergotong-royong melapah daging.
 ??  ?? PENDUDUK membawa daging korban untuk dilapah di Masjid Jaya Gading, Kuantan.
PENDUDUK membawa daging korban untuk dilapah di Masjid Jaya Gading, Kuantan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia