Harian Metro

Bakar permaidani 2 masjid

- Zuliaty Zulkiffli am@hmetro.com.my

 Suspek berusia 26 tahun ditahan bantu siasatan tujuh jam selepas kejadian berlaku

Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan polis bagi membantu siasatan berhubung kebakaran permaidani dalam dua masjid di daerah ini, semalam.

Kejadian di ruang solat Masjid Kampung Rambai dan Masjid Pendang dikatakan disedari jam 5 pagi.

Ketua Polis Daerah Pendang,

Deputi Superinten­dan Arriz Sham Hamezah berkata, suspek ditahan 12 tengah hari di daerah ini, tujuh jam selepas kejadian.

Beliau berkata, dalam kejadian 5.30 pagi itu, Imam Masjid Kampung Rambai, Ismail Yahaya, 33, membuat laporan polis selepas dimaklumka­n jemaah masjid permaidani di masjid itu terbakar.

Arriz Sham berkata, selain itu pihaknya menerima laporan dari jemaah Masjid Pendang yang memaklumka­n ternampak permaidani di pintu tepi masjid itu terbakar jam

5.15 pagi dan menghubung­i bomba untuk membantu memadam kebakaran itu.

Beliau berkata, hasil siasatan mendapati, kebakaran di Masjid Pendang dipadamkan bomba terlebih dahulu manakala kebakaran di Masjid Kampung Rambai dipadam kariah masjid itu.

“Hasil pemeriksaa­n awal mendapati kesan bakar pada permaidani di pintu hadapan Masjid Kampung Rambai dan kesan bakar pada permaidani di pintu tepi Masjid Pendang.

“Pemeriksaa­n mendapati ada kamera rakaman litar tertutup (CCTV) di Masjid Pendang namun tidak berfungsi manakala Masjid Kampung Rambai pula tidak mempunyai CCTV,” katanya.

Arriz Sham berkata, pihaknya mendapati seorang saksi ternampak kejadian di Masjid Pendang dua lelaki menaiki motosikal dan masuk ke dalam kawasan Masjid tetapi saksi tidak mengecam dua lelaki itu kerana saksi melihat kejadian itu dari jarak jauh.

Beliau berkata, bahagian forensik dimaklum untuk menjalanka­n siasatan lanjut di tempat kejadian.

 ??  ?? SHAFIQ Suresh (kanan) mengagihka­n daging korban kepada ahli kariah Masjid Kampung Kuala Slim, Slim River, semalam.
SHAFIQ Suresh (kanan) mengagihka­n daging korban kepada ahli kariah Masjid Kampung Kuala Slim, Slim River, semalam.
 ??  ?? ARRIZ Sham
ARRIZ Sham

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia