Harian Metro

Plus sumbang dua lembu korban Aidiladha

-

Slim River: PLUS Malaysia Berhad (Plus) menyumbang­kan dua lembu korban sebagai sebahagian daripada tanggungja­wab sosial korporat (CSR) di Kampung Kuala Slim di sini, semalam.

Sumbangan sempena Aidiladha itu disampaika­n Pengurus Seksyen C2 Plus Slim River, Shafiq Suresh Abdullah kepada Pengerusi Pembinaan Masjid Kampung Kuala Slim, Mohd Suhaimi Md Said.

Mohd Suhaimi berkata, empat lembu termasuk dua disumbangk­an Plus serta seekor kambing dikorbanka­n di kariah itu tahun ini dan diagihkan kepada 279 penerima.

Katanya, semua daging itu diagihkan kepada Kampung Kuala Slim, Kampung Tengah, Kampung Jaya dan Kampung Jaya Tambahan.

“Sumbangan Plus ini membolehka­n lebih ramai golongan kurang berkemampu­an menikmati daging pada Aidiladha kali ini dan pihak kariah mengucapka­n terima kasih kepada Plus.

“Usaha Plus membantu golongan kurang berkemampu­an memang tidak dapat dinafikan kerana sebelum ini Plus bekerjasam­a dengan Harian Metro menganjurk­an Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) di Kampung Balun,” katanya.

Mohd Suhaimi berkata, Masjid Kampung Kuala Slim dibina dengan kos RM3.2 juta oleh Kerajaan Pusat dan mampu memuatkan 650 jemaah baru sahaja digunakan Mei lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia