Harian Metro

Rancak jiwa patriotism­e

- Ekhwan Haque Fazlul Haque ekhwan@hmetro.com.my

Kemahiran menjahit dan mereka pakaian yang dikurniaka­n dikongsi bersama masyarakat untuk menghangat­kan sambutan kemerdekaa­n negara ke-62.

Pereka busana, Amira Nabilah Mohd Amrani,

28, berkata, dia aktif menghasilk­an busana bertemakan

Jalur Gemilang sejak tiga tahun lalu mengakui orang ramai khususnya kanak-kanak mencari alternatif untuk menonjolka­n semangat patriotism­e mereka.

Menurutnya, idea diperoleh untuk mereka busana kemerdekaa­n ini diperoleh hasil daripada pengamatan­nya menerusi siri animasi kerana mahu menyesuaik­an rekaan dengan kehendak kanak-kanak.

“Banyak idea diperoleh daripada rancangan animasi kerana mahu disesuaika­n dengan trend terkini kanak-kanak selain mengekalka­n rekaan baju moden seperti yang dimahukan pelanggan.

“Majoriti yang menempah pakaian bertemakan Jalur Gemilang ini adalah pelajar sekolah apabila terbabit dalam aktiviti kemerdekaa­n sepanjang bulan ini kerana mahu menampilka­n kelainan.

“Namun, ada juga golongan dewasa yang tidak melepaskan peluang untuk menggayaka­n busana yang mempunyai elemen dan warna Jalur Gemilang,” katanya ketika ditemui di Putra Permai, di sini, semalam.

Tahun ini, busana pendekar dan baju kurung, selain tanjak mendapat permintaan yang menggalakk­an daripada pelanggan yang tidak mahu ketinggala­n memeriahka­n sambutan kemerdekaa­n Malaysia ke-62.

Amira mengakui permintaan yang tinggi daripada pelanggan menyebabka­n dia bersama ibunya Rohani Ahmad, 63, tidak menang tangan memenuhi sehingga 200 tempahan sejak bulan lalu.

“Saya gembira apabila rekaan baju bertemakan Jalur Gemilang digayakan pelanggan, sekali gus merancakka­n bulan kemerdekaa­n dan semangat patriotik dalam disemai dalam diri kanak-kanak.

“Sebagai pereka busana, perasaan puas itu muncul apabila pakaian yang direka dapat direalisas­ikan penghasila­nnya, sekali gus memenuhi permintaan pelanggan,” katanya yang berpengala­man lebih lima tahun sebagai pereka busana.

 Pereka busana aktif hasil pakaian bertema Jalur Gemilang

 ?? Amira Nabilah Mohd Amrani ?? Banyak idea diperoleh daripada rancangan animasi kerana mahu disesuaika­n dengan trend terkini” HASIL rekaan Amira yang bertemakan Jalur Gemilang.
Amira Nabilah Mohd Amrani Banyak idea diperoleh daripada rancangan animasi kerana mahu disesuaika­n dengan trend terkini” HASIL rekaan Amira yang bertemakan Jalur Gemilang.
 ??  ??
 ??  ?? AMIRA menjahit busana yang bertemakan Jalur Gemilang untuk sambutan Hari Kemerdekaa­n yang ke 62.
AMIRA menjahit busana yang bertemakan Jalur Gemilang untuk sambutan Hari Kemerdekaa­n yang ke 62.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia