Harian Metro

Rahsia 25 tahun

- Amirul Haswendy Ashari haswendy@hmetro.com.my

 Ibu lega dapat temukan anak angkat dengan keluarga kandung selepas dua dekad

elama 25 tahun saya simpan rahsia ini dan Sabtu lalu ketika dalam perjalanan ke Kuantan menemui ibu bapanya, saya beritahu perkara sebenar mengenai statusnya.

“Alhamdulil­lah, walaupun dia kelihatan sebak apabila dapat tahu, dia tetap tenang dan kata Zobaidah Sidin.

Zobaidah, 56, adalah ibu angkat kepada Ahmad Farhan, 25, dan wanita itu memilih hari raya korban kerana anak angkatnya itu bekerja di Singapura dan pulang ke rumah mereka di Alor Gajah, Melaka sempena cuti hari raya.

“Saya cuma mahu dia dapat menjalanka­n tanggungja­wab sebagai anak lelaki kepada orang tuanya,” katanya.

Ketika dihubungi, Zobaidah berkata, semua bermula selepas anak perempuann­ya akan berkahwin hujung tahun ini dan Ahmad Farhan menyatakan hasrat mahu menjadi wali.

“Dia tak tahu mengenai statusnya sebagai anak angkat dan saya gementar untuk memberitah­u perkara sebenar apabila bersemuka dengannya. “Disebabkan itulah, sebelum dia pulang ke sini sempena cuti raya, saya cari ibu bapa kandungnya terlebih dulu supaya dia tidak kecewa dan pada masa sama dapat berbakti dengan ibu bapa selagi mereka masih ada,” katanya.

Zobaidah mempunyai dua anak kandung, tetapi seorang daripada mereka sudah meninggal dunia.

Satu mesej mengenai usaha Zobaidah mencari suami isteri, Abdul Rahman dan Zainun yang meninggalk­an anak kelima mereka sejak lahir untuk dipelihara pada 1994 tular di aplikasi WhatsApp sejak seminggu lalu.

Mesej itu bertulis, “Saya ingin mencari seorang lelaki bernama Abd Rahman dan isterinya, Zainun. Umur dalam lingkungan akhir 60-an sekarang ini. Mereka pernah tinggal di Senai dan di Kulai sekitar akhir 80-an dan awal 90-an.

“Kami mengenali mereka ketika tinggal di Balai Polis Kulai. Abd Rahman berasal dari Pahang, Zainun dari Johor. Setakat yang saya kenal mereka mempunyai 6 atau 7 anak.

“Mereka menyerahka­n seorang anak untuk dipelihara, sekarang berumur 25 tahun. Maklumat terakhir saya dapat mereka tinggal di Panching, Kuantan. Kami mencari dua kali di Panching. Maklumat dari Balai Polis Panching, mereka berpindah ke kampung suaminya.

“Mohon sangat-sangat sesiapa yang mengenali, mengetahui mereka hubungi saya,” tulis Zobaidah yang turut menawarkan untuk menaja menunaikan umrah kepada individu yang dapat mempertemu­kan dia dengan pasangan suami isteri itu.

Pesara guru itu berkata, dia pernah beberapa kali ke Kuantan dan masuk ke beberapa Felda di sekitar Panching untuk menjejaki Abdul Rahman dan Zainun.

Menurutnya, ketika pencarian, dia bertemu dengan beberapa pasangan suami isteri yang mempunyai nama sama sehingga menyebabka­nnya hampir berputus asa.

“Selepas mesej itu tular, saya dapat panggilan daripada beberapa individu yang mendakwa ada maklumat mengenai mereka.

“Syukur Alhamdulil­lah selepas sekian lama ikhtiar termasuk berkongsi perkara ini di Facebook, akhirnya saya dapat berhubung dengan Abdul Rahman dan anak-anaknya yang masih menetap di Kuantan.

“Apa yang membuatkan saya sebak, isterinya sudah meninggal dunia beberapa tahun lalu, lantas membuatkan saya lebih bimbang Farhan kecewa kerana tidak dapat lagi bertemu ibu kandungnya,” katanya.

Berita terbaru diterima wanita ini, Abdul Rahman kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU) di sebuah hospital di Kuantan sejak Jumaat lalu.

Zobaidah berkata, sebaik saja Ahmad Farhan tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) Sabtu lalu, dia serta ahli keluarga lain terus menuju ke Kuantan untuk menemukan Ahmad Farhan dan keluarga kandungnya.

“Saya bersyukur dia berpeluang bertemu dengan bapa dan adik beradik kandung yang lain,” katanya yang enggan bercerita lanjut mengenai pertemuan itu.

 ??  ?? ZOBAIDAH bersama Ahmad Farhan.
ZOBAIDAH bersama Ahmad Farhan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia