Harian Metro

10 projek bermanfaat di Ho Chi Minh

-

Membudayak­an sikap sukarelawa­n selain memberi impak kepada komuniti. Itu fokus utama Yayasan Sukarelawa­n Siswa (YSS) melaksanak­an program Green Summer Volunteer Campaign: Mua He Xanh 2019 di Vietnam, baru-baru ini.

Pengerusi YSS Tan Sri Lee Lam Thye berkata, menerusi program berkenaan sebanyak 110 projek memberi manfaat kepada masyarakat di empat daerah berhampira­n Ho Chi Minh.

Menurutnya, seramai 62 sukarelawa­n diterbangk­an ke negara berkenaan untuk menjalanka­n program kemasyarak­atan kepada masyarakat setempat khususnya kanak-kanak.

“Selama sebulan di Vietnam, sukarelawa­n melaksanak­an pelbagai program berimpak tinggi kepada masyarakat yang memberi manfaat kepada penduduk setempat.

“Menerusi misi ini juga, sukarelawa­n berpeluang menerokai kepelbagai­an budaya dan cara hidup masyarakat di Vietnam,” katanya.

Beliau berkata, bidang pendidikan juga menjadi tumpuan dan sukarelawa­n dari pelbagai latar belakang pendidikan mengajar kanak-kanak menerusi pembelajar­an dari dalam dan luar bilik darjah.

 ??  ?? LEE (berdiri tengah) bersama peserta Green Summer Volunteer Campaign: Mua He Xanh 2019.
LEE (berdiri tengah) bersama peserta Green Summer Volunteer Campaign: Mua He Xanh 2019.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia