Harian Metro

Visa jangka 70% pembayaran tanpa sentuh tahun depan

-

Visa Malaysia, penyedia pembayaran digital terkemuka dunia menjangkak­an 70 peratus daripada pembayaran tanpa sentuh akan diterima melalui semua terminal pembayaran di seluruh negara, tahun depan.

Pengurus Negara Visa bagi Malaysia, Ng Kong Boon berkata, pada masa ini ada 1,000 peniaga yang menggunaka­n pembayaran tanpa sentuh Visa dengan hampir 300,000 terminal menerima pakai kaedah itu di pasaran tempatan.

“Kadar penembusan pembayaran tanpa sentuh di negara ini berkembang dengan pesat dan berada pada tahap 40 peratus dengan nisbah empat daripada 10 pengguna tanpa tunai menggunaka­n kaedah ini

“Selain itu, perkhidmat­an ini juga menunjukka­n prestasi memberangs­angkan di negara ini dengan mencatatka­n lebih tujuh juta transaksi dalam tempoh sebulan,” katanya pada pelancaran pembayaran tanpa sentuh Visa untuk rangkaian kedai dobi Cleanpro Express di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata, setakat ini ada lebih 30 juta pemegang kad visa di Malaysia dengan 70 peratus daripadany­a adalah pemegang kad debit.

 ??  ?? NG (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CleanPro, Goh Sen Kiat (dua dari kiri) melancarka­n pembayaran tanpa sentuh Visa.
NG (dua dari kanan) dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CleanPro, Goh Sen Kiat (dua dari kiri) melancarka­n pembayaran tanpa sentuh Visa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia