Harian Metro

Banyak buku kanak-kanak ditawarkan

-

Jaya: Popular Book Co (M) Sdn Bhd menawarkan lebih banyak pilihan produk kanak-kanak di pesta buku POPULAR

yang memasuki tahun ketiga penganjura­nnya kali ini.

Pengurus Kanan Projek Khasnya, Helen Goh berkata, keputusan itu dibuat selepas kajian dilaksanak­an pihaknya mendapati kebanyakan pelanggan terdiri daripada mereka yang berkeluarg­a.

Selain itu, katanya, ia bertujuan memupuk dan menggalakk­an budaya membaca dalam kalangan kanak-kanak sewaktu cuti sekolah ini.

“Tahun ini, kami lebih menekankan kepada produk untuk kanak-kanak termasuk bahan bacaan, komik, buku mewarna, alat tulis dan permainan.

“Ini kerana kami menyedari sepanjang cuti sekolah, rata-rata pelanggan kami adalah yang berkeluarg­a dan mengambil peluang menawarkan produk untuk kanak-kanak,” katanya.

Pesta buku yang diadakan di Pusat Konvenysen Sunway Pyramid bermula Jumaat lalu sehingga Ahad depan menyasarka­n menarik kehadiran lebih 100,000 pengunjung.

Ia dibuka bermula dari jam 10 pagi hingga 10 malam dan menawarkan pelbagai koleksi buku dan bahan bacaan dalam bahasa Melayu, Inggeris atau Cina.

Terdahulu, Goh menyampaik­an sumbangan berupa baucar tunai dan bahan bacaan kepada 40 kanak-kanak anak yatim dari dan

sebagai tangungjaw­ab sosial korporat syarikat berkenaan.

 ??  ?? PESTA buku POPULAR Mega Bookfair diadakan hingga Ahad depan.
PESTA buku POPULAR Mega Bookfair diadakan hingga Ahad depan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia