Harian Metro

TAK TAHU BERSYUKUR

-

 Anak buang BMW dihadiah bapa ke dalam terusan kerana mahu Jaguar

kata jurucakap polis, Mukesh Kumar.

Kata polis, keluarga Akash mendakwa anaknya mengalami masalah mental dan tiada tindakan diambil terhadap pemuda itu kerana tiada sebarang aduan dibuat.

Sumber memberitah­u, selepas menolak kereta BMW berkenaan ke dalam terusan, Akash merakamkan video dan dihantar kepada keluargany­a.

Bagaimanap­un, bapa Akash, Sanjeev Kumar menafikan anaknya meminta kereta Jaguar dan mendakwa kenderaan dipandu pemuda itu terbabas ke dalam terusan ketika mengelak rusa yang tiba-tiba melintas jalan. “Kami memiliki dua kereta, sebuah BMW dan Suzuki Swift. Anak saya tidak pernah meminta kereta Jaguar,” jelasnya.

Kumar dilaporkan miliki kira-kira 10 hektar tanah pertanian dan dia baru menjual sebidang tanahnya beberapa bulan lalu.

Kereta BMW 3 Series itu juga baru dibeli beberapa bulan lalu dan harganya dipercayai mencecah 4.52 juta rupee (RM266,268).

 ??  ?? PIHAK berkuasa dengan bantuan penyelam mengeluark­an kereta BMW dari dalam terusan. - Agensi
PIHAK berkuasa dengan bantuan penyelam mengeluark­an kereta BMW dari dalam terusan. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia