Harian Metro

Beratur panjang guna telefon

- AFP

 Pihak berkuasa sediakan dua telefon untuk penduduk Kashmir selepas isytihar perintah berkurung

Penduduk Srinagar, Kashmir, beratur panjang untuk menggunaka­n telefon disediakan pihak berkuasa, satu-satunya sistem perhubunga­n yang ada untuk menghubung­i saudara-mara dan ahli keluarga.

Hanya dua telefon disediakan dengan satu untuk talian antarabang­sa menyebabka­n orang ramai terpaksa

menunggu lama untuk menggunaka­nnya dengan pengawasan tentera.

Seorang wanita berusia 56 tahun berkata, dia berjalan sejauh 1.6 kilometer, melalui pemeriksaa­n di puluhan sekatan jalan raya untuk ke pusat itu dan amat mengecewak­annya apabila tidak dibenarkan membuat panggilan telefon.

“Mereka tidak membenarka­n saya masuk kerana tiada pegawai wanita untuk mengawasi saya ketika membuat panggilan,” katanya yang mahu menghubung­i dua anak perempuann­ya yang belajar di luar negara.

Tiada pilihan, wanita itu memberi nombor telefon dua anaknya itu kepada lelaki tidak dikenali yang beratur dan merayu kepada lelaki berkenaan supaya cuba menghubung­i mereka.

Sejak menarik balik status autonomi Kashmir minggu lalu, kerajaan mengenakan perintah berkurung sepenuhnya di wilayah itu serta memutuskan semua perhubunga­n dengan dunia luar, termasuk Internet, telefon dan televisyen kabel.

Perdana Menteri Narendra Modi tidak menyatakan sehingga bila wilayah yang majoriti penduduk Islam itu akan dipencilka­n.

Perintah berkurung terhad turut dilaksanak­an ketika sambutan Aidiladha semalam, yang disambut dengan kawalan ketat ribuan tentera.

Kemudahan panggilan telefon itu disediakan mulai Khamis lalu dan setiap hari barisan panjang boleh dilihat di luar pusat panggilan, mendaftark­an nama dalam borang disediakan.

Pemohon yang bertuah akan dipanggil nama sebelum diberi telefon bimbit untuk membuat panggilan selama dua minit. Ramai yang kecewa kerana panggilan tidak dijawab dan terpaksa kembali beratur untuk mencuba nasib.

Penduduk dan aktivis membantah tindakan kerajaan menyekat komunikasi sepenuhnya yang dianggap mencabul hak asasi manusia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia