Harian Metro

Burger King pecat pekerja biadab

-

Santa Fe (Amerika Syarikat): Lima pekerja restoran makanan segera Burger King dipecat kerana melukis muka kepala babi pada kertas balutan burger yang dipesan seorang anggota polis, baru-baru ini.

News.com.au melaporkan, pada Jumaat lalu, anggota polis, Timo Rosenthal membeli burger di cawangan Burger King di Clovis, New Mexico.

Ketika dalam kereta, Rosenthal membuka balutan burger dan mendapati ada lukisan muka babi padanya.

Rosenthal mengambil gambar balutan burger itu, memuat naik di Facebook dan menulis, daging burger rentung dan tidak sedap.

Gambar itu menjadi tular di Internet dan Burger King memaklumka­n lima kakitangan­nya dikenal pasti bertanggun­gjawab terhadap perbuatan itu sudah dipecat, lapor Fox News.

“Apa yang berlaku tidak boleh diterima dan bertentang­an dengan nilai jenama kami.

“Sebagai tanda hormat, restoran ini menyediaka­n makanan percuma kepada pegawai beruniform serta hidangan tengah hari di balai polis,” kata Burger King dalam kenyataann­ya.

Ramai pengguna media sosial mengecam perbuatan kakitangan Burger King itu, namun ada mengutuk tindakan Rosenthal kerana menyebabka­n lima pekerja terbabit dipecat.

Ketua jabatan polis Clovis dalam satu kenyataann­ya memberitah­u dia kecewa apabila seorang anggota polis dilayan dengan tidak sopan dan dihina. - Agensi

 ??  ?? ROSENTHAL berkongsi gambar lukisan muka babi pada kertas balutan burger di Facebook. - Agensi
ROSENTHAL berkongsi gambar lukisan muka babi pada kertas balutan burger di Facebook. - Agensi

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia