Harian Metro

CEDoK ILMU PENYIARAN TV3

- Rudy Imran Shamsudin imran@hmetro.com.my

AC TV bakal ditubuhkan AC Mizal mulakan operasi pertengaha­n tahun depan

Tampil dengan karya terbaharu di TV3, sitcom Pop Yeah Yeah bermakna Datuk Mizal Zaini atau AC tidak lagi bernaung sebagai artis eksklusif Astro.

AC berkongsi mengenai perkembang­an terkini itu sewaktu ditemui pada majlis pelancaran sitkom terbaru dibintangi itu dan diterbitka­n sendiri bersama rakan kongsinya, Datuk Adam Ilyas.

Sitkom yang mula ditayangka­n malam ini di TV3 selama setengah jam itu turut menampilka­n adik iparnya, Emelda Rosemila, Shuk Sahar, Izzue Islam, Armada Ammar, Oktovia Marose dan Sobri Anuar sebagai bintang utama.

Menceritak­an lebih lanjut mengenai kontrak yang sudah berakhir bersama Astro dan tidak disambung, kata AC, keputusan itu dibuat memandangk­an dia kini mempunyai banyak perancanga­n membabitka­n kerjaya serta stesen TV bakal ditubuhkan pada pertengaha­n tahun hadapan.

“Seperti yang saya kongsi sebelum ini, stesen TV yang akan diberi nama AC TV dan diterbitka­n sepenuhnya Ohsem TV akan memulakan operasi pertengaha­n tahun hadapan. Sekarang, saya sibuk dengan kerja penubuhann­ya.

“Projek Pop Yeah Yeah dihasilkan dengan kerjasama TV3 akan dijadikan penanda aras sebelum kami memulakan operasi. Saya dan rakan kongsi melihat TV3 sebagai ‘induk’ untuk kami belajar selok-belok perniagaan dunia penyiaran.

“Saya dan Adam bersyukur dengan kerjasama bersama TV3 dan kami turut berterima kasih kerana diberikan peluang untuk menerbitka­n program untuk TV3 selama setahun,” katanya.

Kata AC, walaupun tidak bernaung di bawah Astro, dia tetap menjalin kerjasama dengan stesen TV berbayar itu malah ada beberapa program kendaliann­ya sebelum ini akan diteruskan.

“Lagipun, dengan adanya stesen TV sendiri ia membuka ruang kepada saya membentuk bakat baharu dalam bidang pengacaraa­n. Tidak semestinya saya ada stesen TV sendiri nanti saya tidak boleh bekerja dengan orang lain.

“Saya dan pihak pengurusan perlu tahu membezakan kerjaya sebagai selebriti dan juga Ketua Pegawai Operasi Kandungan di stesen TV yang ditubuhkan. Saya tidak berniat untuk meninggalk­an bidang seni selagi diperlukan,” katanya.

Kata AC, apabila tidak menyambung kontrak sebagai artis eksklusif, ia membuka ruang kepadanya untuk bekerja dengan stesen TV lain seperti apa dilakukan bersama TV3.

“Sudah lama saya tidak bekerja dengan TV3. Maksud saya berlakon dan menghasilk­an program seperti Pop Yeah Yeah. Tampil menjayakan rancangan hiburan sebagai artis jemputan itu ada tetapi sekadar artis jemputan,” katanya.

Bercerita lanjut mengenai idea untuk menghasilk­an sitkom Pop Yeah Yeah kata AC, ia hadir ketika dia menjayakan persembaha­n bersama Kugiran Masdo. Turut sama terbabit dalam persembaha­n itu ialah kumpulan Hujan.

“Saya terkejut melihat sambutan peminat terhadap Kugiran Masdo. Kegilaan umum terhadap kumpulan ini buat saya rasa kagum. Menerusi lagu mereka yang berunsur 60-an itu memberikan saya idea untuk menghasilk­an Pop Yeah Yeah,” katanya.

Jelas AC, Pop Yeah Yeah bukan menggambar­kan situasi pada era 60-an tetapi mengisahka­n hidup Jefri Dom yang popular sebagai penyanyi. Dia pesaing kepada Jefri Din pada zaman itu sehingga menggelar dirinya sebagai Jefri Dom.

“Jefri Dom terperangk­ap dalam kehidupan lampau sehinggaka­n dia membuka kafe berlatarka­n zaman 1960-an dan orang kelilingny­a juga terpengaru­h. Apa yang dipaparkan dalam Pop Yeah Yeah adalah apa yang berlaku sekarang,” katanya.

Bagi menghangat­kan lagi sitkom itu, AC turut menampilka­n Jefri Din dan Kugiran Masdo sebagai artis undangan.

Melihat sedutan sitkom pada majlis pelancaran itu, ternyata kos untuk menghasilk­an Pop Yeah Yeah agak besar apatah lagi ia turut memberikan penekanan terhadap prop berlatarka­n 1960-an dan pakaian pelakonnya.

Menjelaska­n perkara itu, AC mengakuiny­a ia memerlukan modal yang tinggi tetapi tidak kisah demi memastikan produk itu bermutu.

“Saya tidak melihat penghasila­n Pop Yeah Yeah untuk meraih keuntungan sebaliknya ia produk yang kami belajar cara mahu menghasilk­an karya yang bagus. Lebih-lebih lagi ia dihasilkan dengan kerjasama TV3,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? AC bersama (dari kiri) Sobri, Shuk, Emelda dan Armada.
AC bersama (dari kiri) Sobri, Shuk, Emelda dan Armada.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia