Harian Metro

SHAHKIMIN MASIH TERKIAL-KIAL

- Norhayati Nordin yati@hmetro.com.my

Dua tahun aktif berlakon, Shahkimin, 30, mengakui masih terkial-kial membina nama.

Mengatur langkah serius sebagai pelakon sekitar

2017, Shahkimin mendapat kepercayaa­n pengarah filem, Osman Ali untuk membintang­i filem Langsuir.

Diikuti dengan drama Isteri Bukan Untuk Disewa sebagai watak Bobby, anak jati Kelantan ini berkata dia tidak segan mengikuti banyak uji bakat.

“Sehingga kini saya rancak menghadiri uji bakat filem, drama dah iklan komersial.

“Alhamdulil­lah, daripada sesi uji bakat itu ada yang terima saya berlakon dan ada juga sebaliknya. Bagaimanap­un, saya tidak kecewa atau putus asa.

“Bagi saya, bukan mudah untuk berjaya mencipta nama dan mengetenga­hkan bakat dimiliki berikutan persaingan sesama bakat baharu sangat sengit,” katanya.

Berpegang teguh dengan keyakinan rezeki ditentukan Allah SWT, Shah berkata dia gembira apabila mendapat peluang beraksi di pentas teater.

“Baru-baru ini, saya dapat peluang menjayakan teater Semarak Pertiwiku di Sarawak

Syukur dapat tawaran bintangi teater bersama bintang terkenal

bersama pelakon berkaliber, Azhan Rani dan Sherie Merlis.

“Saya sama sekali tidak menduga dapat peluang berharga ini apatah lagi berkongsi pentas dengan Azhan. Dalam pada teruja terselit juga rasa bimbang andai lakonan tak sampai,” katanya.

Pemilik nama sebenar Mohd Shahrul Hakimi Mohamad

Amin ini berkata, Azhan banyak membantu dengan memberi tunjuk ajar.

“Paling saya ingat, Azhan menasihati saya supaya berusaha bersungguh-sungguh mengetenga­hkan bakat lakonan.

“Kena bijak mencari peluang untuk mendapatka­n skrip yang bagus supaya penonton boleh menilai persembaha­n saya.

“Dia juga berpesan supaya saya kena berani menyahut cabaran untuk cuba apa saja karakter dan tidak lupa diri apabila sudah berjaya,” katanya yang boleh bertutur dalam bahasa Mandarin dengan fasih.

Enggan dikenali dengan cerita panas dan sensasi, Shahkimin berharap suatu hari nanti masyarakat dapat menerima kehadirann­ya sebagai pelakon kerana bakat.

Setakat ini, Shahkimin sudah membintang­i beberapa drama dan telefilem termasuk Sejuta Rasa Buat Adelia, Hilang Akal serta Satu Hari Satu Ketika.

 ?? FOTO
Shahkimin ?? Saya sama sekali tidak menduga dapat peluang berharga ini apatah lagi berkongsi pentas dengan Azhan
FOTO Shahkimin Saya sama sekali tidak menduga dapat peluang berharga ini apatah lagi berkongsi pentas dengan Azhan

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia