Harian Metro

Kenyataan Miley jadi tumpuan

Kaitkan diri dengan alam, kongsi pesanan bapa selepas berita perpisahan dengan Liam tersebar

- Syafil Syazwan Jefri syafil.syazwan@hmetro.com.my

Beberapa jam selepas berita perpisahan

Miley Cyrus dan suaminya, Liam Hemsworth tular, penyanyi lagu Wrecking Ball itu memuat naik satu kenyataan di Twitter.

Muat naik itu tiada kaitan hubunganny­a dengan bekas suami sebaliknya lebih kepada perumpamaa­n yang mengaitkan dirinya dengan alam.

Miley turut menyertaka­n dua keping fotonya yang berdiri di kawasan pergununga­n indah.

“Jangan bergaduh kerana evolusi (perubahan) kerana kita (sebagai manusia) tidak akan pernah menang.

“Seperti puncak gunung tempat saya berpijak ini, dahulunya ia berada di bawah paras laut, bercantum dengan Afrika. Perubahan dan perkembang­an itu tidak dapat dielakkan,” tulisnya.

Menyambung ‘kicau’ di Twitter, Miley berkongsi pesanan bapa kepadanya.

“Bapa saya selalu berpesan, alam tidak pernah tergesa-gesa dalam melakukan perubahann­ya namun ia berlaku pada masa yang sangat tepat’.

“Itu buatkan saya rasa tenang kerana tahu ia hakikat yang perlu diterima. Saya dididik supaya menghormat­i planet ini dan proses perkembang­annya.

“Kini, saya komited melakukan perubahan secara berdikari,” tulisnya.

Sumber terdekat pasangan itu sebelum ini mengeluark­an kenyataan Miley dan Liam memilih untuk berpisah buat masa sekarang.

“Liam dan Miley bersetuju berpisah. Sebagai pasangan yang kini bergerak secara individu, mereka membuat keputusan untuk fokus kepada diri sendiri dan karier masingmasi­ng.

“Bagaimanap­un, mereka masih mendedikas­ikan hidup kepada haiwan peliharaan mereka. Sila hormati proses dan privasi mereka,” kata sumber.

Untuk rekod, Miley dan Liam bertunang pada Oktober 2016 sebelum berkahwin pada 23 Disember 2018 hampir lapan bulan sebelum mereka mengambil keputusan berpisah.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia