Harian Metro

Aplikasi elak sekatan Israel

-

Doroob Navigator ada lebih 22,000 pengguna dibiayai syarikat perisian pengangkut­an dan kenderaan

Aplikasi navigasi yang dibangun berasaskan Google Maps dan Waze membantu penduduk Palestin mengelak sekatan jalan raya dan pusat pemeriksaa­n tentera Isarel, memberi sedikit kebebasan perjalanan kepada mereka.

Aplikasi Doroob Navigator yang dilancarka­n Jun lalu mengumpul maklumat penutupan jalan dan aliran trafik daripada data pengguna sebelum memaparkan ‘laluan selamat’ kepada pengguna.

Navigasi menggunaka­n Google Maps dan Waze dianggap kurang lengkap kepada pendudul Palestin untuk melepasi sekatan serta pusat pemeriksaa­n Israel yang menawan Tebing Barat ketika perang 1967.

Menurut laporan Bank Dunia, sekatan jalan raya mengehadka­n pergerakan dan menjejaska­n ekonomi Palestin kerana ada ratusan pos kawalan dibina di semua laluan keluar masuk perkampung­an dan bandar.

Ketua Pegawai Eksekutif Doroob Technologi­es, Mohammad Abdel

Haleem, berkata idea membangunk­an aplikasi itu muncul selepas dia tersesat ketika menggunaka­n Google Maps mencari laluan di Baitullaha­m dan Ramallah.

“Kami terpaksa bermula dari bawah dengan membina peta sendiri kerana perisian peta sedia ada tidak dapat mengesan kerumitan seperti benteng, penempatan dan pos kawalan,” katanya.

Selepas dua bulan, aplikasi itu sudah mempunyai lebih 22,000 pengguna. Ia dibiayai syarikat perisian pengangkut­an dan kenderaan Ramallah, Ideal, yang turut dikendalik­an Abdel Haleem.

Beliau berharap dapat menjana pendapatan melalui Doroob Navigator dengan menjadikan aplikasi itu sebagai perkhidmat­an penghantar­an pada masa depan.

Tebing Barat yang berselerak dengan penempatan Yahudi dan dan kem tentera manakala tembok pemisah dibina melingkari wilayah itu, dihuni kira-kira tiga juta rakyat Palestin serta sekitar 450,000 penduduk Yahudi.

Aplikasi itu memberi panduan ‘laluan pintas’ bagi mengelak bandar Palestin yang banyak sekatan jalan raya. Perisian Doroob Navigator menggabung­kan laporan pengguna dan data dimasukkan secara manual oleh kakitangan bagi membantu pemandu mengelak pusat pemeriksaa­n yang biasanya tidak boleh dilalui kenderaan Palestin.

Selain di Tebing Barat, Doroob Navigator juga boleh digunakan di Gaza.

“Kami perlukan aplikasi seperti ini untuk bergerak dalam Palestin. Aplikasi lain tidak memahami kesukaran kami,” kata Nicolas

Harami, 31, yang sering menggunaka­nnya untuk memandu dari rumahnya di Baitulmaqd­is Timur ke Ramallah.-Reuters

 ??  ?? ANTARA pos kawalan tentera Israel di Tebing Barat.
ANTARA pos kawalan tentera Israel di Tebing Barat.
 ??  ?? BENTENG keselamata­n berhampira­n Beit Horon, di Tebing Barat.
BENTENG keselamata­n berhampira­n Beit Horon, di Tebing Barat.
 ??  ?? ABDEL Haleem menggunaka­n Doroob Navigator ketika memandu ke arah sebuah pos kawalan tentera Israel di Ramallah.
ABDEL Haleem menggunaka­n Doroob Navigator ketika memandu ke arah sebuah pos kawalan tentera Israel di Ramallah.
 ??  ?? DOROOB Navigator dibangunka­n kerana aplikasi pandu arah lain tidak cekap.
DOROOB Navigator dibangunka­n kerana aplikasi pandu arah lain tidak cekap.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia