Harian Metro

Jualan amal bantu ibu, bapa tunggal

-

Dalam ramai mengeluh keadaan ekonomi yang masih mencengkam, namun majoriti antara kita sebenarnya tergolong dalam kategori yang cukup bertuah. Kita boleh memiliki lebih daripada apa diperlukan hingga ada kalanya barang yang dibeli tersimpan begitu sahaja.

Bersempena Hari Kemerdekaa­n Malaysia ke

62, portal jual beli atas talian, Carousell, menganjurk­an kempen #MYLocalWir­a iaitu jualan barangan peribadi beberapa individu hebat di portal itu.

Acara yang berlangsun­g sehingga Ogos 31 ini akan disertai ratu skuasy negara Datuk Nicol David, pejuang seni mempertaha­nkan diri dan duta Global Citizen, Ann Osman, model antarabang­sa dan usahawan fesyen serta kecantikan Amber Chia, atlet pemotoran profesiona­l dan Ratu Drift Malaysia Leona Chin, penerjun kelas dunia, Leong Mun Yee serta gimnas nasional, Farah Ann.

Mereka akan menyumbang­kan beberapa barangan peribadi untuk dijual di Carousell dan hasilnya disalurkan untuk tujuan amal.

Menurut Ketua Serantau Carousell Malaysia,

Tang Siew Wai, kempen #MYLocalWir­a itu bertujuan memberi semula kepada rakyat Malaysia terutama pelanggan yang menyokong mereka selama ini.

“Kami mengharapk­an peminat akan mendapatka­n barang peribadi individu hebat ini yang mungkin menjadi idola mereka.

Ini dapat memberikan inspirasi kepada yang lain untuk mencapai kejayaan,” jelasnya.

Hasil kutipan penuh daripada jualan barang-barang ini akan dimanfaatk­an untuk Parents without Partners, (PWP) sebuah organisasi amal yang ditubuhkan bagi membantu ibu bapa tunggal yang memerlukan.

Dana yang dikumpul organisasi ini terutamany­a adalah melalui penjualan barangan pra-suka di kedai simpanan mereka, Jumble Station yang bergantung sepenuhnya kepada sumbangan orang ramai dan hasil daripada #MYLocalWir­a akan menyokong perbelanja­an seperti sewa, barangan runcit dan bekalan sekolah.

 ??  ??
 ??  ?? NICOL dan Leong (kanan) antara atlet yang menjual barangan peribadi mereka di Carousell.
NICOL dan Leong (kanan) antara atlet yang menjual barangan peribadi mereka di Carousell.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia