Harian Metro

ARENA NADAL TEPATI RAMALAN

- Reuters

Pilihan utama, Rafael Nadal menewaskan pemain Russia, Daniil Medvedev 6-3, 6-0 untuk menjulang gelaran kelima Piala Rogers di Montreal, awal pagi semalam - kejayaan pertamanya di gelanggang bukan tanah liat.

Pemain nombor dua dunia berusia 33 tahun dari Sepanyol itu tidak berdepan masalah ketika menentang pilihan kelapan, Medvedev dalam pertemuan kali pertama mereka.

Pemain Russia itu tidak keciciran set sepanjang kejohanan ini tetapi jelas dia bukan tandingan Nadal yang menyelamat­kan mata ‘break’ pada ‘game’ pertama dan terus yakin mengatasi Medvedev yang 10 tahun lebih muda.

“Dia bermain dengan sangat baik sepanjang minggu dan paling penting... dia tidak mengambil peluang pada awalnya,” kata Nadal selepas tamat perlawanan.

“Kemudian, saya fikir bahawa saya bermain dengan sangat baik, mungkin yang terbaik sepanjang minggu ini.”

Nadal mematahkan servis pemain Russia itu pada ‘game’ keempat untuk mendahului 3-1 dan terus mendominas­i perlawanan yang mengambil masa

70 minit.

Menang 82% daripada servis

pertama dan pukulan kilas yang sering memerangka­p Medvedev, bintang Sepanyol itu tiga kali mematahkan servis lawan di set kedua sebelum mengesahka­n kemenangan sekali gus gelaran ke-35 di peringkat Masters 1000.

Bagaimanap­un, Nadal belum pasti beraksi di Masters Cincinnati minggu ini di mana dia menjadi pilihan kedua di belakang pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic.

“Saya tak tahu. Saya perlu bertanya kepada pasukan saya,” katanya.

 Tiada masalah julang kejuaraan kelima Piala Rogers selepas singkir Medvedev

 ??  ?? MEDVEDEV NADAL rai kejayaan
pertamanya di gelanggang bukan
tanah liat.
MEDVEDEV NADAL rai kejayaan pertamanya di gelanggang bukan tanah liat.
 ??  ?? NADAL melayan peminat selepas perlawanan.
NADAL melayan peminat selepas perlawanan.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia