Harian Metro

TEKA-TEKI POGBA

-

 Bintang United masih belum pasti kekal di Old Trafford

masa depannya bersama kelab berkenaan.

Menurut pemain antarabang­sa Perancis itu, dia berhasrat meninggalk­an kelab ketika jendela perpindaha­n pemain dan namanya dikaitkan dengan Real Madrid serta Juventus.

Bagaimanap­un hingga kini, perkembang­an mengenai perpindaha­n Pogba masih samar dan dia tetap disenaraik­an United untuk aksi menentang Blues di Stamford Bridge malam kelmarin.

Pengurus United, Ole Gunnar Solskjaer memuji sumbangan Pogba ketika mengalahka­n Chelsea tetapi pemain tengah itu berkata, hanya masa yang akan menentukan sama ada dia terus kekal di England atau sebaliknya. “Saya sentiasa memberikan sepenuh perhatian ketika bermain... saya melakukan apa saja yang saya suka apatah lagi ia tugas saya.

“Saya sudah memberikan segala-galanya di atas padang,” kata Pogba kepada stesen radio Perancis, RMC.

“Saya tahu dan sedar apa yang sudah saya perkatakan. Hanya masa menentukan... akan selalu ada tanda tanya.

“Buat masa ini, saya di Manchester. Saya gembira bersama rakan sepasukan. Saya mahu menang dan beri yang terbaik setiap kali beraksi.”

Jendela perpindaha­n Liga Perdana Inggeris tamat Khamis lalu, tetapi kelab-kelab utama di England masih dibenarkan membeli pemain sehingga tempoh perpindaha­n

Eropah ditutup pada 2 September.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia