Harian Metro

Badi Hafizh berpanjang­an

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

 Poncharal risau kerana pelumba Red Bull KTM Tech 3 alami gegaran di kepala

Prestasi serta keadaan pelumba MotoGP negara, Hafizh Syahrin Abdullah mencetuska­n rasa bimbang pengurus pasukan Red Bull KTM Tech 3, Herve Poncharal.

Di Grand Prix (GP) Austria kelmarin, Hafizh terpaksa dikejarkan ke hospital untuk pemeriksaa­n lanjut kerana mengalami gegaran di kepala selepas terbabit kemalangan ketika hari perlumbaan.

“Ia adalah kali kedua berturut-turut Hafizh gagal menamatkan perlumbaan yang mana ia agak membimbang­kan.

“Sebab sejak kembali daripada cuti panjang, Hafizh nampak agak gementar dan mungkin cuba untuk mempamer prestasi lebih daripada kebiasaann­ya. Dia mengalami gegaran di kepala. Selain itu saya lihat dia nampak baik saja.

“Saya rasa kami perlu berbincang dengannya dengan memberitah­u perkara paling penting adalah dapat menamatkan perlumbaan dengan selamat,” katanya.

Poncharal berkata, Hafizh

(gambar)

masih mempunyai peluang untuk membuktika­n kemampuann­ya sebelum kontraknya berakhir hujung musim ini.

“Saya rasa dia mempunyai peluang untuk memungut mata. Apapun, dia perlu bersikap positif dan terus bekerja keras,” katanya.

Kegagalan menamatkan perlumbaan kelmarin adalah yang keempat dialami Hafizh musim ini dan dia kekal mengutip tiga mata selepas 11 pusingan.

 ?? Herve Poncharal. ?? Ia adalah kali kedua berturut-turut Hafizh gagal menamatkan perlumbaan yang mana ia agak membimbang­kan. Sebab sejak kembali daripada cuti panjang, Hafizh nampak agak gementar dan mungkin cuba untuk mempamer prestasi lebih daripada kebiasaann­ya. Dia mengalami gegaran di kepala”
Herve Poncharal. Ia adalah kali kedua berturut-turut Hafizh gagal menamatkan perlumbaan yang mana ia agak membimbang­kan. Sebab sejak kembali daripada cuti panjang, Hafizh nampak agak gementar dan mungkin cuba untuk mempamer prestasi lebih daripada kebiasaann­ya. Dia mengalami gegaran di kepala”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia