Harian Metro

Malaysian Tigers hampa

-

Kuala Lumpur: Skuad hoki lelaki negara tidak lagi berwatak garang seperti ketika di awal saingan siri jelajah Eropah apabila dibelasah 0-8 oleh Belgium pada perlawanan terakhir, semalam.

Keputusan itu melengkapk­an aksi Malaysian Tigers bersama pemenang Piala Dunia 2018 itu dengan perlawanan pertama Sabtu lalu menyaksika­n skuad negara tewas 1-5.

Belgium yang menduduki ranking kedua dunia, memperoleh empat gol selepas berakhir separuh masa pertama.

Gol pertama dijaringka­n Antoine Kina pada minit ke-6 sebelum Tom Boon, Alexander Hendrickx dan Loick Luypaert masing-masing menjaringk­an gol menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-14, 22 dan 30.

Belgium langsung tidak memberi peluang kepada skuad negara untuk bangkit apabila menambah lagi empat gol di babak kedua.

Ia bermula dengan gol padang Simon Gougnard pada minit ke-35 sebelum Hendrickx menambah sengsara Malaysia, seminit kemudian.

Felix Denayer menambah gol ketujuh pada minit ke-44 sebelum Luypaert melengkapk­an kemenangan bergaya Belgium dengan jaringan padang pada minit ke-48.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia