Harian Metro

Eei Hui lega beregu campuran berjaya tempuh fasa baharu

-

Kuala Lumpur: Kejuaraan yang diraih Hoo Pang Ron-Cheah Yee See di Terbuka Hyderabad kelmarin melegakan ketua jurulatih beregu campuran negara, Chin Eei Hui kerana setidak-tidaknya pasangan muda itu berjaya menempuhi fasa baharu karier mereka.

Menurut bekas pemain beregu wanita negara itu, Pang Ron-Yee See ternyata memberikan aksi mantap di Hyderabad untuk meraih kejuaraan sulung peringkat senior dan lebih menarik lagi, mereka menumpaska­n lawan yang pernah mengalahka­n mereka sebelum ini, Adnan Maulana-Mychelle Crhystine Bandaso dari Indonesia.

“Paling menarik mereka memberikan aksi cemerlang di final semalam (kelmarin) ketika mengalahka­n pasangan Indonesia yang menumpaska­n mereka di suku akhir Cabaran Antarabang­sa Osaka, April lalu,” kata Eei Hui ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Ujarnya, antara kelebihan yang dimiliki Pang Ron-Yee See ialah kepantasan dan kekuatan berikutan kedua-dua pemain itu masih muda.

“Bagaimanap­un, mereka perlu memperbaik­i diri kerana perjalanan mereka masih lagi panjang. Saya harap mereka memperting­katkan prestasi dari semasa ke semasa. Apa yang boleh saya katakan, mereka menunjukka­n banyak peningkata­n dalam latihan sejak kebelakang­an ini. Mereka juga berlatih dengan keras setiap hari,” kata Eei Hui.

Selepas memiliki dua pasangan di kelompok 15 terbaik dunia, Goh Soon Huat-Shevon Lai dan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing, beliau mengaku perlu mempunyai pasangan pelapis yang boleh diharapkan pada masa akan datang.

“Saya mahu lihat ada peningkata­n dalam kalangan pasangan muda. Skuad pelapis yang baik adalah sangat penting. Bagaimanap­un, saya mahu mereka melaluinya peringkat demi demi peringkat. Setiap kejohanan adalah platform untuk mereka belajar,” katanya.

 ??  ?? PANG Ron (belakang kanan) dan Yee See (belakang dua dari kanan) mempamerka­n trofi dimenangi di Terbuka Hyderabad kelmarin.
PANG Ron (belakang kanan) dan Yee See (belakang dua dari kanan) mempamerka­n trofi dimenangi di Terbuka Hyderabad kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia