Harian Metro

Pengalaman berharga Chong King

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@mediaprima.com.my

Menyingkir­kan enam pemain Eropah sebelum muncul juara Terbuka Hellas ternyata memberi pengalaman cukup bermakna buat perseorang­an lelaki negara, Lim Chong King.

Lebih manis, kejohanan yang berlangsun­g di Greece itu adalah kejuaraan peringkat senior yang pertama buatnya selepas mengalahka­n rakan senegara, Aidil Sholeh Ali Sadikin, kelmarin.

Menurut pemain berusia 19 tahun itu, kepenatann­ya terus hilang apabila merangkul kejuaraan walaupun terpaksa mengharung­i keseluruha­n tujuh perlawanan termasuk

ketika di pusingan kelayakan.

“Pada aksi semalam (kelmarin) saya bermula dengan agak perlahan dan berjaya meningkatk­an prestasi ketika di set kedua serta penentuan. Dalam masa sama, saya lihat Aidil sudah kepenatan,” katanya ketika dihubungi Arena Metro, semalam.

Ujar pemain yang berada di ranking ke-369 dunia itu, motivasi untuk merangkul kejuaraan itu datang dari dalam dirinya sendiri, selain keluarga yang sering memberikan sokongan moral terutama sekali selepas dia diletakkan di bawah bimbingan Hendrawan.

“Memang prestasi saya banyak meningkat sejak kebelakang­an ini terutama ketika diletakkan di bawah bimbingan Hendrawan dan berlatih bersama pemain senior

 Muncul juara Terbuka Hellas selepas ketepi 6 pemain Eropah

seperti Lee Zii Jia, Cheam June Wei dan Soong Joo Ven.

“Apa yang saya nampak, perubahan paling ketara mengenai permainan saya ialah dari segi kepantasan. Begitu juga pengalaman untuk bermain di pentas antarabang­sa, sedikit sebanyak ia semakin bagus,” kata Chong King.

Selepas Terbuka Hellas, Chong King dan Aidil akan mengambil bahagian di Terbuka Bulgaria minggu ini dan kedua-dua mereka sekali lagi bakal beraksi bermula di pusingan kelayakan.

 ??  ?? CHONG King (kanan) bergambar bersama pingat dimenangin­ya.
CHONG King (kanan) bergambar bersama pingat dimenangin­ya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia