Harian Metro

Tiada sasaran

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

 Empat juara dunia tidak beraksi di Filipina

Tiada sasaran diletakkan skuad wushu negara di Sukan SEA Filipina tahun ini biarpun dua tahun lalu, barisan atlet negara cemerlang merangkul enam emas di temasya

Sukan SEA Kuala Lumpur (KL2017).

Ia berikutan tindakan tuan rumah yang mengurangk­an acara, sekali gus menyaksika­n empat juara dunia dari Malaysia tidak dapat beraksi gara-gara acara mereka tidak dipertandi­ngkan.

Justeru, Presiden Persekutua­n Wushu Malaysia, Datuk Chong Kim Fatt hanya menyenarai­kan empat atlet lelaki dan seorang wanita dalam disiplin taolu dan empat atlet lain dalam disiplin sanda.

“Ia perkara yang sama berlaku pada 2005 yang ketika itu saya menjadi pengurus pasukan. Rintangan sebegitu akan menjadikan kami lagi kuat daripada mereka.

“Juara dunia kami terpaksa disimpan kali ini, manakala Filipina pula menurunkan semua juara dunia mereka. Tapi tak mengapa, kami akan berusaha untuk mendapatka­n emas dan terima kasih juga kepada jawatankua­sa pemilihan kerana tidak meletakkan sasaran,” katanya.

Atlet yang akan mengibar cabaran negara kali ini ialah Teh Chee Chong, Lee Wei Loong, Kelvin Teng Kai Wen dan Chong Jian Hwa (disiplin sanda) sementara juara dunia 2016, Wong Weng Son, Yeap Wai Kin, Loh Choon How, Calvin Lee Wai Leong dan Sydney Chin Sy Xuan (wanita) dalam disiplin taolu.

Menurut Kim Fatt, skuad negara ketika ini mendapat sentuhan bekas juara dunia, Mao Ya Qi, bagi memantapka­n persiapan daripada segi teknikal sebelum menyertai Kejohanan Dunia 2019 di Shanghai, China sebelum ke Sukan SEA.

Untuk rekod, dalam edisi 2017 di Kuala Lumpur, Malaysia meraih enam daripada 17 pingat emas yang ditawarkan dalam acara wushu.

 ??  ?? ATLET wushu negara ketika menyertai Sukan SEA 2017.
ATLET wushu negara ketika menyertai Sukan SEA 2017.
 ??  ?? KIM Fatt
KIM Fatt

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia