Harian Metro

Aifa sertai dua kejohanan di Australia

-

Kuala Lumpur: Atlet skuasy negara, Aifa Azman meraih pengalaman berharga ketika beraksi di Kejohanan Remaja Dunia di Kuala Lumpur, minggu lalu.

Mara ke final berpasukan dan separuh akhir individu memberi pengertian cukup besar buat Aifa yang kembali pulih daripada kecederaan dialami awal tahun ini.

Dia yang akan berlepas di Australia, Isnin depan berharap dua pertanding­an yang akan disertai dalam siri Jelajah PSA itu akan dapat membantu memperbaik­i

(gambar)

rankingnya ini.

“Ranking saya tidak begitu baik jadi saya harap dapat muncul juara di salah satu kejohanan di Australia sekali gus memperbaik­i ranking.

“Sejak mengalami kecederaan, saya tidak dapat menyertai banyak kejohanan tapi Alhamdulil­lah semuanya sudah kembali seperti sedia kala,” katanya yang menghuni kedudukan ke-164 dunia.

Juara tiga kali Kejohanan Remaja Terbuka Britain itu dijadualka­n menjalani proses

ketika rawatan akibat kecederaan lututnya di Institut Sukan Negara (ISN) sekembalin­ya daripada cuti Aidiladha hari ini.

Mengulas mengenai prestasiny­a, pemain kelahiran Kedah itu berkata, sejak kali pertama beraksi di Kejohanan Remaja Dunia, penyertaan­nya kali ini memberi impak lebih positif.

Katanya, banyak peningkata­n yang dapat dilihat dan ia cukup memuaskan hatinya biarpun gagal membantu negara menjulang kejuaraan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia