Harian Metro

Milunovic tekad bantu lonjak Melaka

- Nazri Abu Bakar sukanteam@nstp.com.my

Melaka: Import Melaka United, Luka Milunovic menyasarka­n untuk membantu pasukannya meraih tiga mata pada aksi ketiga Kumpulan D, Piala Malaysia berdepan FELDA United, Sabtu ini.

Walaupun bakal berdepan saingan sengit di tempat lawan, dia tetap mahu menebus kehampaan selepas tewas 0-1 kepada Selangor, minggu lalu.

“Kini fokus terarah bagi mendepani aksi 90 minit di Jengka. Biasanya, beraksi di gelanggang lawan memberi kelebihan kepada tuan rumah, namun ia bukan halangan untuk kami mencipta kemenangan.

“Menang dan tewas adalah lumrah bola sepak tetapi apa yang penting ialah kesungguha­n dan komitmen pemain untuk memastikan kejayaan,” katanya.

Ketika menentang Selangor, pemain Serbia itu yang mengisi tempat sebagai penyerang utama menggantik­an Davy Angan, berjaya mempamer aksi meyakinkan.

Dia juga berjaya melakukan dua percubaan ke gawang Selangor memaksa penjaga gol, Khairul Azhan Mohd Khalid bekerja keras mempertaha­nkan pintu golnya.

Bekas pemain skuad bawah 21 tahun Serbia itu dijangka terus mengisi tempat Angan untuk aksi Jengka nanti.

 ??  ?? MILUNOVIC
MILUNOVIC

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia