Harian Metro

Tok Gajah intai jaringan menerusi ‘set piece’

- Asrol Awang sukanteam@nstp.com.my

Kuantan: Memburu jaringan menerusi ‘set piece’ menjadi fokus utama Pahang bagi mengharung­i baki empat perlawanan dalam Kumpulan C, saingan Piala Malaysia musim ini.

Pengendali Gajah, Dollah Salleh mengaku jaringan bukan saja boleh hadir melalui gerakan biasa tapi ia turut boleh terhasil jika setiap pasukan mampu menguasai situasi bola mati.

“Situasi bola mati ketika sepakan percuma juga boleh menghasilk­an gol menarik, jadi kita akan berikan tumpuan lebih kepada ‘set piece’ bagi perlawanan seterusnya.

Tok

(gambar)

“Memang kita banyak buat percubaan melalui ‘set piece’ ketika sesi latihan dan kebanyakan­nya berjaya menghasilk­an gol.

“Jadi, saya mahu mereka (pemain) menggunaka­n sebaik mungkin peluang ketika sepakan percuma,” katanya.

Ketika Pahang menewaskan Perak 3-0 pada 8 Ogos lalu, satu daripada tiga gol dihasilkan berpunca daripada ‘set piece’ dan dengan ketinggian 1.95 meter dimiliki pertahanan import, Herold Goulon, pemain itu tidak mempunyai masalah untuk menjaringk­an gol menerusi tandukan.

Kebiasaann­ya, tugas melakukan sepakan percuma diberikan kepada pemain tengah, Nor Azam Azih.

Dollah mengharapk­an prestasi lebih bagus dapat dipersemba­hkan skuad kendaliann­ya pada perlawanan ketiga bertemu Sabah nanti.

Katanya, enam mata daripada dua perlawanan yang diraih setakat ini belum lagi menjamin tempat ke suku akhir.

 ??  ?? PEMAIN Pahang, Dickson Nwakaeme (tengah) dikawal ketat dua pemain Perak dalam perlawanan Piala Malaysia, minggu lalu.
PEMAIN Pahang, Dickson Nwakaeme (tengah) dikawal ketat dua pemain Perak dalam perlawanan Piala Malaysia, minggu lalu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia