Harian Metro

H BEREBUT WANITA

- Norasikin Daineh norasikin_daineh@ nstp.com.my

anya kerana berebut teman wanita, seorang remaja cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di lorong belakang sebuah kedai serbaneka di Sri Perdana, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian kirakira jam 2.45 petang itu, mangsa lelaki berusia 19 tahun itu dipukul tujuh lelaki sehingga menyebabka­nnya cedera di bahagian kepala dan mulut selain sakit di bahagian belakang badan serta pinggang.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Nasri Mansor berkata, kejadian berlaku ketika mangsa turun dari tangga rumah sewanya dan mahu masuk ke dalam kereta.

“Tiba-tiba mangsa didatangi tujuh lelaki yang tidak dikenali dan terus memukulnya di bahagian kepala, mulut dan belakang badan.

“Ketika kejadian itu, sepupu mangsa ternampak ada suspek yang memegang pisau. Akibat kejadian itu, mangsa mengalami kecederaan bengkak pada anggota badan yang dipukul,” katanya dalam kenyataan media, di sini, semalam.

Ekoran kejadian itu, Nasri berkata, pada jam 1 pagi semalam, di

Remaja cedera dibelasah tujuh lelaki di lorong belakang kedai

hadapan sebuah rumah di Taman Aman berjaya menahan lima suspek dipercayai terbabit dalam kejadian itu.

“Semua suspek ditahan berusia antara 18 hingga 25 tahun dan hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perebutan teman wanita.

“Difahamkan, mangsa dan salah seorang daripada suspek masingmasi­ng mengaku wanita yang direbut adalah teman wanita mereka,” katanya.

Bagaimanap­un,

Nasri berkata, siasatan masih diteruskan dan kes disiasat mengikut Seksyen 148 Kanun Keseksaan.

 ??  ?? MANGSA yang cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di lorong belakang sebuah kedai serbaneka di Sri Perdana, semalam.
MANGSA yang cedera selepas dibelasah sekumpulan lelaki dalam kejadian di lorong belakang sebuah kedai serbaneka di Sri Perdana, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia