Harian Metro

Maut motosikal rempuh pokok

-

Sibu: Remaja lelaki maut selepas motosikal ditunggang­nya hilang kawalan dan melanggar pokok di Jalan Salim-Stabau di sini, awal pagi semalam.

Kejadian jam 4.50 pagi mengakibat­kan mangsa, Desmond Dan, 14, yang beralamat di rumah Nagak Sungai Salim meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Stanley Jonathan Ringgit berkata, ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari arah Salim Stabau menuju ke Farley.

“Setibanya di

lokasi, mangsa yang menunggang motosikal secara bersendiri­an gagal mengawal motosikal lalu terbabas ke kiri jalan dan melanggar pokok di kawasan itu.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan akibat cedera parah di kepala dan anggota badan,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Stanley berkata, siasatan awal mendapati remaja berkenaan tidak mempunyai lesen memandu. “Mangsa juga tidak memakai topi keledar ketika kejadian dan kes masih dalam siasatan,” katanya.

 ??  ?? KEADAAN motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan.
KEADAAN motosikal mangsa selepas terbabit kemalangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia