Harian Metro

Elak kereta langsung terbabas

- Erika George am@hmetro.com.my

 Dua mangsa cedera ringan kenderaan langgar tiang elektrik

Dua rakan terselamat apabila kereta dinaiki terbabit kemalangan di Jalan Tatau-Selangau di sini kira-kira jam 7 malam kelmarin.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia

(JBPM) Sarawak berkata, kereta Perodua Myvi itu hilang kawalan lalu melanggar tiang elektrik sebelum terbabas ke tepi jalan.

“Kedua-dua mangsa yang menaiki kereta itu berusia 47 dan 53 tahun dalam perjalanan dari Bintulu menuju ke Selangau.

“Bagaimanap­un, mereka selamat dan hanya mengalami cedera ringan pada lengan,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Menurut jurucakap itu, kedua-dua mangsa dihantar ke Klinik Kesihatan Tatau bagi mendapatka­n rawatan lanjut.

“Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berpunca daripada tindakan pemandu Myvi berkenaan yang cuba mengelak sebuah kenderaan lain dari arah bertentang­an,” katanya.

Tambah jurucakap itu, seramai tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau bergegas ke lokasi selepas menerima panggilan kecemasan berkenaan kejadian itu pada jam 7.25 malam.

“Sebaik tiba, pihak kami mendapati sebuah kereta terbabas di bahu jalan dan terdapat dua lelaki di dalamnya.

“Anggota kemudianny­a mengeluark­an kedua-dua mangsa dan operasi ditamatkan jam 8.04 malam,” katanya.

 ??  ?? ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Tatau-Selangau.
ANGGOTA bomba mengeluark­an mangsa yang terbabit dalam kemalangan di Jalan Tatau-Selangau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia