Harian Metro

Wanita warga emas dapat kerusi roda

-

Kuching: Seorang wanita warga emas yang sukar bergerak kini mendapat sinar baharu apabila menerima kerusi roda yang disumbangk­an Biro Sosial dan Kebajikan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Paya Mebi, kelmarin.

Sumbangan kepada S’mah Karim, 83, dari Kampung Paya Mebi yang menghadapi masalah untuk bangun dan berjalan disebabkan keuzuran dilakukan oleh Setiausaha PBB Cawangan Batu Kitang, Shamsudin Unai.

Pemberian kerusi roda itu adalah program Bantuan Kasih anjuran Biro Sosial dan Kebajikan PBB Kampung Paya Mebi bersempena sambutan Aidiladha tahun ini.

Turut diadakan adalah penyampaia­n sumbangan wang tunai kepada warga emas kurang upaya dan uzur.

Menurut Shamsudin, bantuan amal itu adalah untuk memupuk sifat toleransi, kasih sayang serta semangat perpaduan dalam masyarakat yang berbilang kaum di Sarawak. “Ini adalah program berterusan Biro Sosial dan Kebajikan PBB Kampung Paya Mebi dan kami berharap lebih ramai pihak tampil untuk menghulurk­an bantuan bagi meringanka­n beban golongan memerlukan,” katanya.

Program Bantuan Kasih Biro Sosial dan Kebajikan PBB Kampung Paya Mebi bermula sejak 2003 dan pelbagai bantuan telah disampaika­n kepada golongan memerlukan seperti kerusi roda, persekolah­an dan keperluan dapur.

 ??  ?? SHAMSUDIN (dua dari kanan) menyerahka­n kerusi roda kepada S'mah di rumahnya di Kampung Paya Mebi, Kuching.
SHAMSUDIN (dua dari kanan) menyerahka­n kerusi roda kepada S'mah di rumahnya di Kampung Paya Mebi, Kuching.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia