Harian Metro

Sarawak bantu ibu baru bersalin

-

Selepas menyediaka­n bantuan kewangan kepada bayi yang dilahirkan di negeri ini mulai tahun ini, kerajaan Sarawak akan memberi bantuan kepada ibu yang melahirkan anak pula, mulai tahun depan.

Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Abang Openg, berkata jumlah bantuan kepada ibu bagi bayi yang baru lahir itu akan beliau umumkan pada pembentang­an Bajet Sarawak 2020, hujung tahun ini.

Beliau berkata, ia adalah tambahan kepada pemberian RM1,000 untuk setiap bayi yang lahir di Sarawak bermula tahun ini menerusi skim

“Selepas menyedari kesulitan yang dihadapi terutamany­a kalangan ibu yang kerja bergaji hari yang tidak mempunyai pendapatan untuk membeli susu atau lampin ketika dalam tempoh berpantang selepas melahirkan bayi, kerajaan Sarawak mempertimb­angkan untuk memberi bantuan khas kepada mereka,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia