Harian Metro

Srikandi Bersatu Sabah sumbang dua kerbau

-

Kota Kinabalu: Srikandi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Sabah menyerahka­n dua ekor kerbau sempena Program Korban dan Kenduri Rakyat yang diadakan serentak seluruh negara, semalam.

Setiausaha Srikandi Bersatu Sabah, Datuk Redonah Bahanda menyerahka­n sumbangan korban itu kepada Pengerusi Masjid Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Jamal Sakaran di pekarangan masjid berkenaan di sini.

Redonah yang juga Ketua Srikandi Bersatu Kota Marudu berkata penyerahan dua ekor kerbau itu adalah sempena program berkenaan di seluruh negara termasuk di Sabah.

“Pada hari ini, Srikandi Bersatu Sabah menyampaik­an dua ekor kerbau untuk program berkenaan di Kota Kinabalu dan Beaufort,” katanya di sini, semalam.

Yang turut hadir ialah Ketua Srikandi Bersatu Sipitang, Datuk Surinam Sadikun; Ketua Srikandi Sepanggar, Aziah Atoh; Ketua Srikandi Papar, Fahzean Mohiddin (Papar); Ketua Srikandi Putatan, Salmah Sait dan Timbalan Ketua Penerangan Srikandi Bersatu Sabah, Halizah Din.

Dua ekor kerbau korban itu diserahkan Srikandi Bersatu Sabah di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu dan Masjid Kerukan, di Beaufort semalam.

Jamal berkata, pada tahun ini sebanyak lapan lembu dan kerbau disumbangk­an untuk Aidiladha daripada pelbagai pihak termasuk persendiri­an, korporat dan ahli politik untuk diagih-agihkan kepada yang kurang berkemampu­an.

 ??  ?? REDONAH (lima dari kanan) menyerahka­n kerbau sumbangan Srikandi Bersatu Sabah kepada Jamal Tun Sakaran (tiga dari kanan) di pekarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
REDONAH (lima dari kanan) menyerahka­n kerbau sumbangan Srikandi Bersatu Sabah kepada Jamal Tun Sakaran (tiga dari kanan) di pekarangan Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia