Harian Metro

Kanak-kanak dua tahun maut dilanggar bapa saudara

-

Seorang kanak-kanak berusia dua tahun maut selepas dilanggar bapa saudaranya dalam kejadian di Kampung Long Danau, Silabukan, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam

3.45 petang, bapa saudara berusia 37 tahun yang memandu Toyota Land Cruiser itu difahamkan berkunjung ke rumah keluarga mangsa sempena hari raya Aidiladha.

Bagaimanap­un, ketika pulang bapa saudaranya dikatakan secara tidak sengaja terlanggar mangsa yang keluar dari rumah tanpa pengawasan ahli keluarga lain.

Ketua Polis Lahad Datu Asisten Komisioner Nasri Mansur berkata, hasil siasatan awal mendapati, pemandu kenderaan yang baru bergerak pulang menyedari terlanggar sesuatu sebelum keluar untuk memeriksa bahagian hadapan kenderaann­ya.

Katanya, pemandu kenderaan terkejut apabila melihat mangsa terbaring di sebelah kiri tayar hadapan dengan kesan kecederaan serius.

“Mangsa yang parah kemudianny­a dihantar ke Hospital Lahad Datu oleh ahli keluargany­a namun disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan.

“Pihak hospital mengesahka­n punca kematian mangsa adalah disebabkan kecederaan parah di kepala,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Nasri berkata, siasatan mendapati, kemalangan berpunca daripada kanak-kanak itu yang dipercayai keluar dari pintu pagar rumah tanpa pengawasan orang dewasa sehingga menyebabka­n berlaku kemalangan.

Katanya, siasatan lanjut masih dijalankan mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia