NIKMAT AIDILADHA DI NARATHIWAT

■ Program Titipan Kasih Korban Harian Metro 2019 di Masjid Darulaman Kampung Lak-Ol meriah

Harian Metro - - Muka Depan - Suraya Roslan dan Yusmizal Dolah Aling [email protected]

Program Titipan Kasih Korban Harian Metro 2019 di Masjid Darulaman Kampung Lak-Ol di sini, semalam, meriah dengan kehadiran lebih 300 penduduk.

Kali pertama diadakan seumpamany­a di sini, penduduk bersama

sukarelawa­n akhbar ini dan Dapur Penyet bekerjasam­a bergotong-royong menjalanka­n ibadah korban serta kenduri rakyat.

Imam Masjid Kampung Lak-Ol, Mohd Tahir Che Sof berkata, pihaknya begitu teruja menerima kunjungan sukarelawa­n yang berkampung selama dua hari di sini.

Katanya, ia menjadi kenangan kepada penduduk kampung apatah lagi, ia belum pernah diadakan di kampung ini sejak dibuka lebih 60 tahun lalu.

“Saya berterima kasih banyak-banyak kepada Harian Metro dan Dapur Penyet, jauh datang dari Kuala Lumpur untuk membantu kami.

“Sumbangan seperti ini sangat bermakna kepada kami, selain kita beribadat, dapat juga membantu keluarga susah. Memang kami mengalu-alukan program seperti ini,” katanya.

Hadir sama, Pengarang Kumpulan Harian Metro

Tuan Asri Tuan Hussein, Pengarah Operasi Dapur Penyet Hasfizulla­h Mokhtar dan Pengerusi Penganjur Titipan Kasih Harian Metro (TKHM) 2019 Husain Jahit.

Sebanyak lapan lembu disembelih dalam program berkenaan selain bantuan kepada keluarga memerlukan.

Sementara itu, Tuan Asri berkata, pihaknya menghargai sambutan hangat diberikan penduduk kampung serta kagum dengan kerjasama begitu baik yang ditunjukka­n.

Katanya, ia juga memberikan pengalaman kepada sukarelawa­n Harian Metro mengenai kehidupan sebenar masyarakat di negara lain.

“Kami berharap bantuan diberikan sedikit sebanyak membantu mereka di sini dan saya harap selepas ini ada pihak lain juga yang sudi memberikan bantuan kepada golongan memerlukan,” katanya.

TUAN Asri (tengah) serta sukarelawa­n bersama penerima sumbangan kanak-kanak yang pada Program Titipan Kasih Korban Harian Metro 2019.

TUAN Asri (enam dari kiri) bersama Husain (kiri) serta sukarelawa­n turut serta dalam menjalanka­n ibadah korban.

TUAN Asri (tengah) dan Hasfizulla­h (lima dari kiri) bersama penerima bantuan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.