SELAMAT HARI LAHIR AINUL

■ Bapa kongsi gembira di FB sempena sambutan ulang tahun pertama Ainul Mardhiah

Harian Metro - - Muka Depan - Ekhwan Haque Fazlul Haque [email protected]

“Alhamdulil­lah...cukup usia Ainul Mardhiah setahun. Semoga Allah SWT merahmati dan melindungi­mu anak. Semoga jadi anak yang solehah,” kongsi Ahmad Safiuddin Ahmad Razak, 24.

Bapa Ainul Mardhiah itu berkongsi kegembiraa­n di laman sosial Facebook (FB) miliknya sempena sambutan ulang tahun pertama anak sulungnya, semalam.

Dalam perkongsia­n itu juga, Ahmad Safiuddin berharap Ainul Mardhiah akan menjadi hamba yang taat dan menjadi insan yang bermanfaat kepada orang lain.

“Walid (bapa) dengan mama (ibu) sayang Ainul,” katanya yang turut menerima pelbagai ucapan kesyukuran daripada warganet yang mengikuti perkembang­an bayi berkenaan sejak kisahnya mempunyai ketumbuhan seberat 200 gram dikenali Germ

Cell Tumor mendapat perhatian umum.

Kegembiraa­n sama turut dikongsi isterinya Nurul Erwani Zaidi, 24, menerusi laman Instagram (IG) dengan memuat naik gambar bersama Ainul Mardhiah yang kini masih memerlukan pemantauan pakar di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

Dalam catatan terbarunya semalam Nurul Erwani bersyukur atas nikmat paling berharga dan pengalaman dia serta suami menjaga dan membesarka­n anak sulungnya itu.

Menurutnya, ujian dan dugaan bertalu-talu datang untuk mengajarny­a dan suami erti kehidupan selain berdoa supaya Allah sentiasa beri peluang kepada beliau untuk menjaga Ainul Mardhiah.

“Tiada kata selain ucapan syukur kepada ALLAH SWT atas kuasa-Nya juga kasih sayang-Nya kepada kita semua memperkena­nkan doa kita semua menyembuhk­an Ainul Mardhiah kesayangan semua org...selamat hari ulangtahun kelahiran Ainul semoga Ainul membesar sebagai anak solehah dan sebaik2 budi pekerti untuk menjaga mama dan walid nanti...Aminnnn,” antara ucapan diterima daripada warga net.

NURUL Erwani mengucup pipi Ainul Mardhiah yang menyambut ulang tahun kelahiran pertama, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.