Kronologi Kehilangan Nora Anne Quoirin

Harian Metro - - Setempat -

4 Ogos 2019

Remaja perempuan warga Ireland, Nora Anne Quoirin, 15, dilaporkan hilang jam 8 pagi oleh keluargany­a di sebuah resort di Kampung Pantai di Seremban.

5 Ogos 2019

Seramai 159 petugas termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela), Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan (JPNS) dan penduduk tempatan menjalanka­n operasi mencari dan menyelamat (SAR) di hutan berhampira­n resort.

6 Ogos 2019

Radius pencarian diperluask­an dari resort hingga ke kawasan sekitar meliputi hutan dan sungai membabitka­n 8.09 hektar dan diklasifik­asikan sebagai orang hilang namun jejaknya hanya dapat dikesan 100 meter dari lokasi hilang.

7 Ogos 2019

Selepas 72 jam SAR dijalankan, pasukan penyelamat masih belum menemui Nora dan skop pencarian diperluask­an meliputi bukit dan sungai berdekatan manakala polis sudah rakam percakapan 20 individu.

8 Ogos 2019

Pasukan SAR guna rakaman suara ahli keluarga untuk tarik perhatian Nora manakala ibu dan bapa remaja itu berterima kasih kepada semua pihak yang terbabit dalam usaha mencari anak mereka.

9 Ogos 2019

Pasukan komando VAT69 dikerah ke lokasi pencarian manakala kira-kira 300 jemaah menunaikan solat hajat di Masjid Kariah

Pantai, Seremban agar remaja itu segera ditemui.

10 Ogos 2019

Genap seminggu Nora hilang namun operasi SAR terus diperhebat­kan. Radius pencarian dikecilkan kepada empat kilometer dari lokasi kejadian berbanding enam kilometer.

11 Ogos 2019

Polis memeriksa lebih 30 rumah di sekitar kawasan Pantai, Seremban dan operasi membabitka­n 296 anggota termasuk orang awam.

12 Ogos 2019 Anggota SAR ditambah seramai 348 anggota daripada pelbagai agensi terbabit termasuk polis dari England, Ireland dan Perancis yang membantu siasatan manakala keluargany­a menawarkan ganjaran RM50,000 kepada individu yang berjaya menemukan semula remaja itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.