Petunjuk hari ke-5

Harian Metro - - Setempat - Izlaily Nurul Ain Hussein [email protected]

 Kayak digunakan dua warga Singapura hilang ditemui

Kayak warna hijau dipercayai digunakan dua pelancong Singapura yang dilaporkan hilang di kedudukan kira-kira lima batu nautika timur Pulau Aceh, Endau, Mersing Khamis lalu ditemui, semalam.

Kayak terbabit ditemui nelayan tempatan di kedudukan 0.6 batu nautika tenggara Tanjung Gelang, Kuantan, Pahang pada jam 12.30 tengah hari.

Turut ditemui adalah barangan peribadi dipercayai milik warga Singapura itu termasuk pasport salah seorang daripada mereka.

Pengarah Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (APMM) Johor Laksamana Pertama Maritim Aminuddin Abdul Rashid berkata, kayak dan semua barang ditemui

nelayan diserahkan kepada APMM Pahang.

“Antara ditemui adalah dua beg mengandung­i wang tunai Malaysia dan Singapura, satu telefon bimbit, pasport Singapura milik Tan Eng Soon, satu beg pakaian, satu kad pengenalan diri dan satu pendayung,” katanya.

Menurutnya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) pihaknya dilaksanak­an Zon Maritim Mersing dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM), Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

“Kami turut dibantu komuniti maritim membabitka­n nelayan, pengusaha bot penumpang dan penduduk pulau sekitar. Akhirnya, hari kelima SAR, ada petunjuk baharu ditemui,” katanya.

Khamis lalu, dua warga Singapura, Tan Eng Soon, 62, dan Puah Geok Tin, 57, dilaporkan hilang kira-kira 5.40 petang.

KAYAK dipercayai digunakan dua pelancong Singapura yang dilaporkan hilang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.