Suspek sama bakar permaidani masjid

Harian Metro - - Setempat -

Alor Setar: Kompresor pendingin hawa Masjid Tok Keling di sini, terbakar dipercayai dilakukan suspek sama yang ditahan berkaitan kes membakar dua permaidani masjid di Pendang, kelmarin.

Ketua Polis Kedah Datuk Zainuddin Yaacob berkata, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar dimaklumka­n oleh orang awam pada jam 9.30 pagi kelmarin berhubung kebakaran kecil di luar masjid itu.

Menurutnya, namun begitu kebakaran itu sempat dipadamkan penduduk setempat.

“Masjid ini terletak dalam daerah Kota Setar dan jarak dengan dua masjid yang terbakar di kawasan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pendang adalah kira-kira 10 kilometer.

“Forensik Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah sudah melakukan siasatan dan mendapati kes ini dipercayai mempunyai unsur khianat,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Zainuddin berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 435 Bencana dengan Api Kanun Keseksaan.

Mengulas mengenai tangkapan suspek berkaitan kebakaran di dua masjid di Pendang kelmarin, Zainuddin berkata, suspek sudah direman selama seminggu bermula semalam.

ZAINUDDIN

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.