Penagih pecah masuk rumah mati bergelut

Harian Metro - - Setempat -

Seorang penjenayah bersenjata­kan pisau dipercayai penagih dadah maut bergelut dengan anak tuan rumah yang cuba dipecah masuk di Kampung Lata Kekabu di sini, semalam.

Dalam kejadian 6.50 pagi itu, suspek berusia 30-an dipercayai memasuki rumah berkenaan yang didiami seorang ibu tunggal berusia 30-an bersama anak lelakinya berusia 16 tahun untuk menyamun.

Ketua Polis Daerah Gerik, Superinten­dan Ismail Che Isa berkata, siasatan awal mendapati suspek bersenjata­kan pisau memasuki rumah berkenaan melalui pintu utama rumah.

“Suspek dipercayai mengacukan pisau ke arah wanita itu sebelum berlaku pergelutan antara suspek dengan anak mangsa.

“Anak lelaki mangsa dipercayai berjaya menjatuhka­n suspek ke lantai dan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Klinik Kesihatan Lenggong yang tiba di lokasi tidak lama kemudian,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.