Tujuh cedera bas terbalik

Harian Metro - - Setempat - Bernama

Tujuh penumpang cedera ringan apabila bas ekspres yang yang dinaiki terbabas sendiri sebelum terbalik di Batu 15 Jalan Apas, dekat sini, pagi semalam.

Difahamkan, dalam kejadian pada jam

5.10 pagi itu, bas ekspres yang membawa 40 penumpang dalam perjalanan dari Kota Kinabalu menuju ke Terminal Bas Bersepadu di Sri Indah di sini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 5.15 pagi sebelum sepasukan tujuh anggota bersama dua jentera dikejarkan ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba di lokasi mendapati kemalangan membabitka­n sebuah kenderaan jenis bas ekspres milik syarikat Optis Jaya dipercayai terbabas sendiri di bahu jalan.

Seorang suri rumah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap empat pertuduhan menipu pakej umrah membabitka­n kerugian sebanyak RM12,000 pada 2012 dan 2013 lepas.

Nurul Yasmin Rosli, 30, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Majistret Arif Mohamad Shariff.

Bagi pertuduhan pertama, Nurul Yasmin didakwa melakukan penipuan terhadap Nooriah Hanafi untuk membayar sebanyak RM1,800 bagi tujuan pakej umrah di Nombor 1129, Jalan Bandar Puteri Jaya 3/27, Bandar Puteri Jaya di sini, pada 7 Julai 2012.

Tertuduh kemudianny­a didakwa sekali lagi menipu pengadu yang sama untuk membayar wang tunai sebanyak RM1,770 untuk tujuan sama, pada Dis 2012 di tempat yang sama.

Bagi tuduhan ketiga Nurul Yasmin juga didakwa menipu Nooriah untuk membuat bayaran sebanyak RM3,120 di kaunter Maybank Cawangan Taman Ria Jaya di sini, pada 14 Feb 2013.

Seterusnya suri rumah itu didakwa memperdaya Mazlifah Omar untuk memasukkan RM5,310 ke dalam akaun bank tertuduh untuk bayaran pakej umrah di kaunter Maybank Cawangan Taman Ria Jaya di sini, pada 3 Jan 2013.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 420 Kanun Ke

BAS ekspres yang terbalik, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.