Brek rosak punca nahas

Harian Metro - - Setempat -

Masalah brek dipercayai punca sebuah bas ekspres merempuh beberapa kenderaan di laluan berbukit di Kilometer 305.4 Lebuhraya PLUS arah selatan dekat Kampar, kelmarin.

Dalam kejadian 2.20 petang itu, seorang pemandu salah sebuah kenderaan dirempuh bas itu mengalami kecederaan sebelum dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.

Timbalan Pengarah (Kepolisan Am/Siasatan/Sumber) Jabatan Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik (JSPT) Bukit Aman, Datuk Mohd Nadzri Hussain berkata, pihaknya menerima maklumat kejadian sebelum bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, sebaik tiba pihaknya mendapati kemalangan itu membabitka­n sebuah bas yang membawa 30 penumpang yang dipercayai gagal dikawal akibat masalah brek dan merempuh beberapa kenderaan di hadapan.

Kuala Lumpur: Orang ramai termasuk ahli politik diingatkan tidak membakar sentimen perkauman menerusi media sosial sehingga menjejas siasatan polis berhubung insiden kematian, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, pada Sabtu lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat berkata, pihak polis meminta orang ramai tidak memanipula­si insiden itu hingga membangkit­kan sentimen perkauman yang boleh menjejaska­n perpaduan.

“Orang ramai jangan burukkan lagi keadaan sebaliknya tampil ke balai polis jika mempunyai maklumat berkaitan kejadian.

“Siasatan masih berjalan dan beberapa saksi kejadian

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.