Gurauan bukan aniaya

Harian Metro - - Setempat -

Kuala Lumpur: “Nasihat saya kepada sebahagian netizen yang kecoh mengenai anak saya, apa kata mereka berlapang dada dan bertenang,” kata Datin Elvina Mohamed apabila gurauannya bersama anaknya Karl Mateen hangat diperkatak­an umum.

Bukan itu sahaja, gambar Karl yang berikat pita pelekat hospital turut dimuat turun pengurusan Instagram selepas menerima aduan daripada pengikut bintang utama drama Isteri Untuk Diiktiraf itu.

Elvina ketika dihubungi berkata, seboleh mungkin dia tidak mahu memberikan sebarang komen memandangk­an isu itu berlaku minggu lalu. “Takkan saya mahu menganiaya anak sendiri? Dalam gambar itu Karl tak menangis pun.

“Karl pandai beli jiwa kami yang ketika itu gundah kerana bapa mentua dimasukkan ke hospital dengan buat muka comel apabila diperlakuk­an sedemikian.

“Karl manja dengan ibu dan bapa saudara dia. Sewaktu menemani dan menziarahi bapa mentua, ibu dan bapa saudara Karl mengusik dengan melekatkan pita pelekat di tangan dan kakinya.

“Kalau benar apa yang dilakukan itu menganiaya anak saya, pasti kakitangan hospital akan tegur,” katanya.

Elvina bagaimanap­un berterima kasih kepada semua yang prihatin.

ELVINA mendukung Karl Mateen.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia

© PressReader. All rights reserved.